Saturday, 13 May 2023

Hari Raya Open House 2023

Tak sambut raya tapi kali ni saya nak share pengalaman beraya ke rumah-rumah sahabat serta kenalan yang beragama Islam.

Antara gambar semasa hari raya open house di kawasan Kuching,Sarawak.

Pada saya, rasa sangat bersyukur dapat kenalan rakan yang menyambut Hari Raya kerana sudi menjemput datang ke rumah.

Walaupun ada di kalangan kami yang memang jarang sangat berjumpa tetapi pada tahun ini saya berpeluang serta memanfaatkan cuti dengan beraya bersama-sama rakan-rakan saya serta meluangkan masa bersama keluarga.

Justeru itu, saya rasa sangat bertuah dapat rakan-rakan yang pelbagai agama dan bangsa. Sesungguhnya inilah yang menyumbang keharmonian di antara masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. 

Kalau sebut perayaan pastinya hidangan atau menu raya yang menarik perhatian. Antara hidangan yang wajib ialah nasi impit,kuah kacang,sate dan banyak lagi.
Beraya,beraya juga vitamin jangan lupa makan. Sebelum beraya ke rumah rakan, saya sempat ambil vitamin C untuk sistem imun badan saya. Walaupun kes COVID berkurang namun saya tetap juga mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri.

Musim panas sekarang kena banyak minum air kosong supaya badan kita tidak dehidrasi. Vitamin C juga kena selalu amal supaya elakkan kita daripada demam atau selesema yang teruk.

Kesimpulannya, semoga dengan adanya Hari Raya Open House ini keharmonian serta pergaulan di antara masyarakat yang berbilang kaum dapat dikekalkan sampai bila-bila. Saya juga berharap penjagaan kesihatan turut diutamakan walaupun semasa perayaan.

Sebelum terlambat Mary juga nak kongsikan promosi tentang Vitamin C.
Tapi kali ini Vitamin C digabungkan dengan ESP dalam satu set.
Bagi yang berminat, pastikan anda ambil peluang dengan segera.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

No comments:

Post a Comment

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry