Showing posts with label kulit Cantik. Show all posts
Showing posts with label kulit Cantik. Show all posts

Tuesday, 8 August 2023

Vitamin E Complex Untuk Kesihatan Kulit

Kini telah bermula gelombang trend penjagaan kulit wajah, selari dengan perkembangan komunikasi di media sosial yang mula giat berkongsi mengenai kepentingan penjagaan kulit. Kulit yang licin, sekata dan bebas cela adalah idaman semua individu!
Namun adakah cuma produk kecantikan sahaja yang mampu merawat kulit yang diidam-idamkan?

Seharusnya kita perlu menambah penjagaan di dalam tubuh juga penting untuk menjaga kulit kita iaitu makan makanan yang mengandungi vitamin E seperti kacang almond,biji-bijian,buah,sayur,minyak bunga kesumba atau nak lebih ringkas boleh juga amal supplement seperti vitamin E Complex.
Vitamin E adalah salah satu jenis vitamin yang larut lemak dan mengandungi antioksidan tinggi.

Menurut Dr.Ahuja "vitamin E adalah nutrien larut minyak dan dengan itu lebih berat daripada produk larut air. Ia mengembalikan kelembapan yang hilang, dan ini sebabnya ia berfungsi paling baik untuk kulit kering dan rosak."

Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia berfungsi untuk membantu penghasilan kolagen, melindungi dan melawan serangan radikal bebas yang menghalang penyembuhan parut.

Terdapat Gabungan Dua Ramuan dalam Vitamin E Complex iaitu SELENIUM & GRAPE SEED EXTRACT.

Ekstrak biji anggur meningkatkan kesihatan kulit dengan membuang radikal bebas.

Selenium boleh diambil secara semulajadi dengan memakan makanan laut, organ lembu dan bijirin penuh.
Selenium adalah mineral yang ditemukan pada tanah, air, dan beberapa jenis makanan.

Tugas selenium dalah menjaga sel daripada dirosakkan oleh oksigen tak lengkap atau radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit kanser. 
Selenium bersama dengan vitamin E untuk mempertahankan sel dan tisu badan daripada dimusnahkan.

Nak tahu adakah nutrien Vitamin yang diambil mencukupi atau tidak?

Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas:
-1kg biji gandum
- 500ml minyak safflower
-8kg bayam
-500g badam
Bagi pemeliharaan kesihatan kulit iaitu untuk anti-penuaan digalakkan makan 2 kali sehari. Sebotol Vitamin E Complex mengandungi 120 softgel.

Nak kulit Cantik? Dapatkan Vitamin E Complex anda sekarang!

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️

Kawasan-kawasan yang terdekat dengan Mary terutama orang SARAWAK anda boleh juga mesej/hubungi Mary untuk dapatkan vitamin E.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#vitaminecomplexshaklee
#setcantikshaklee
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak




Monday, 12 June 2023

Testimoni Shaklee Membuatkan Jerawat Remaja saya Hilang

MAKAN UNTUK KESIHATAN DAN KULIT CANTIK

Jujur saya nak bagitau saya adalah seorang yang susah nak makan atau telan ubat. 
Sedangkan panadol yang saya makan dulu pun saya bahagikan setengah kemudian hancurkan dalam sudu dulu campur dengan sedikit air suam kemudian baru saya telan. 
Pendekkan cerita sejak kenal Shaklee jangankan ubat, supplemen pun dh berani telan banyak-banyak (contoh:Vita C 2 biji).

Mula-mula join Shaklee tahun 2020 yang dikenali oleh kakak saya sendiri sebab masa itu dia aktif buat bisnes shaklee sampai sekarang.
Produk pertama yang saya makan ialah Vitamin C sebab masa itu zaman Covid sudah bermula.
Jadi disitu saya dah ada kesedaran untuk jaga kesihatan.
Dalam tak sedar sampai lah sekarang amal Vitamin C.
Inilah kulit muka saya pada awalnya tiada jerawat yang teruk pun disitu.

Pada tahun 2020 saya masih sempat amal Vitamin C sebelum ditukar kepada wajah baharu iaitu pada tahun 2022.

Jun 2021-Muka saya breakout teruk disebabkan produk wajah yg tak sesuai.
Nak keluar dari rumah pun segan sebab jerawat satu muka.

Jadi dari situ lah saya cuba Youth Skincare Shaklee berkat kesabaran, dan konsisten pakai Youth skincare, syukur sekarang kulit muka dah pulih balik.
Selain youth saya juga amalkan GLA,B Complex, dan NutriFeron.
Jun 2023-Tak sangka sudah 2 tahun berlalu namun kini saya masih setia menggunakan Youth Skincare Shaklee (cleanser, toner, night cream).
Ini adalah sebahagian daripada koleksi Skincare Youth Shaklee yang saya kumpul sejak 2021.

Pada masa yang sama saya masih amalkan supplemen seperti Vitamin C kini saya tambah dengan Hero Kiddo, Vita Lea, Ostenutrix dan banyak lagi.
Ini adalah hasil daripada Testimoni Shaklee saya sendiri. 
Sebelum saya memperkenalkan produk Shaklee saya kena buktikan yang saya juga berjaya memulihkan kulit saya semula dengan produk Shaklee.

Bukan untuk over claim tapi ini adalah result sebenar yang saya pasti Selamat untuk diguna dan juga diamal.

Semoga perkongsian saya kali ini dapat memberi manfaat dan memberi jalan penyelesaian kepada anda yang mempunyai masalah kulit jerawat atau jeragat.


Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#testimonishaklee
#shakleebau
#shakleekuching

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry