Saturday 29 April 2023

Sambut Hari Raya bersama Shaklee Penuh Bermakna

Eid al-Fitr atau Aidilfitri jika diterjemahkan daripada segi bahasa adalah bermaksud 'Festival Berbuka Puasa'. Dalam kalangan masyarakat Malaysia perayaan ini lebih dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran.
Bercakap pasal Raya tak sah kalau tak sebut tentang makanan tradisi seperti rendang,ketupat,lontong,nasi himpit2 lemang dan banyak lagi.
Lemang lebih dianggap sebagai makanan yang melambangkan kemeriahan dan hubungan silaturahim antara sesama manusia.

Ini kerana lemang bukanlah makanan biasa yang mudah dimasak kerana ia memerlukan teknik dan cara yang tepat.

Oleh itu, sifat saling membantu dalam pembuatannya amat penting dalam mendapatkan rasa dan tekstur yang memuaskan.

Haa,pasti ramai yang jaga badan risau nak makan makanan semasa raya sebab takut gemuk katanya.

Pilihan yang tepat ambil lah esp sebab ia mengenyangkan.Jadi secara tak langsung kita dapat kawal pengambilan makanan semasa raya.
Bagi yang ada masalah sembelit sebab terlalu banyak makan lauk daging ,ayam, kambing jadi biasanya ia menyukarkan proses pembuangan.

Tahukah kita wajib membuang pada waktu pagi untuk mengelakkan sisa makanan yang kita ambil pada waktu malam bertukar menjadi racun.

Untuk memberi rasa selesa pada perut dan memudahkan pembuangan ambil lah makanan seperti sayur atau buah.

Tak nak makan buah ambillah Lecithin dan Herb lax supaya ia membantu proses pembuangan pada waktu pagi dengan lancar.
Selain daripada memudahkan proses pembuangan ia juga membantu untuk membuang lemak dari badan.

Sebagai langkah berjaga-jaga,nak raya dengan tenang dan bebas daripada penyakit seperti demam ambillah vitamin C untuk meningkatkan sistem Imun.
Semoga para sahabat,rakan,saudara mara yang menyambut hari raya dengan Shaklee dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Dapatkan set rahmah dengan harga mampu milik.
Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."


Wednesday 19 April 2023

Bestnya Dapat Insentif Shaklee Malaysia!

Insentif bermaksud sesuatu yang berupa kebendaan atau tidak,yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan.

Insentif dengan ganjaran ni sama ke?
Jawapannya tidak. Ganjaran bermaksud hadiah untuk perbuatan baik dan balasan bagi perbuatan jahat.

Dua istilah yang berbeza tetapi ramai yang menganggap ianya sama sekarang baru tau kan.
Dalam Shaklee kita bukan hanya belajar tentang nutrisi, menjual produk, mengedar produk kepada pelanggan.Kita turut ditawarkan beberapa insentif untuk dijadikan sebagai penghargaan daripada hasil bisnes kita dalam Shaklee.

Ianya digelar sebagai peluang 3C iaitu Cashback,Car Bonus dan Convention Trip.
Ini adalah antara insentif Shaklee yang diberikan kepada pengedar Shaklee yang layak sahaja.
Mari saya terangkan Peluang 3C dalam Shaklee.
Syarat nak dapatkan insentif Shaklee ni kita kena daftar dulu sebagai ahli yang sah.

C.1: CASHBACK

Bila kita beli produk maka kita auto dapat UV point. Setiap produk ada nilai UV serta harga yang berbeza. Cashback atau cash bonus ni adalah kelebihan bisnes Shaklee yang paling ramai orang dapat. 

Bonus yang kita dapat bermula daripada 5% hingga 21% bergantung pada jualan kita. Walaupun baru mendaftar tetapi jika nilai UV banyak dan pembelian melebihi syarat maka anda tentu layak dapat bonus.
Bila kita layak, Shaklee secara automatik masukkan bonus ke dalam akaun bank pada setiap 14 hari bulan. 

Untungkan tengah bulan pasti ada poket yang dah kering tapi dengan adanya bisnes sampingan seperti ini sekurang-kurangnya dapat cover kewangan kita pada tengah bulan.

Bagi yang bekerja boleh join sebagai partime atau yang nak fulltime juga digalakkan.
Sementara menunggu gaji hujung bulan untuk perbelanjaan tapi dengan adanya insentif macam ni dapat juga lah extra income.

C.2:CAR BONUS

Pasti ramai kan kalau sebut Car Bonus ni Shaklee akan bagi kereta sebiji.Tak anda salah, Shaklee tak bagi dalam bentuk kereta malah dalam bentuk Cash!
Dengan adanya cash anda bebas menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain seperti membeli rumah,telefon baru,membayar bil air atau elektrik, dan banyak lagi.

Hanya business leader seperti Supervisor ke atas sahaja yang layak mendapatkan car bonus ni dengan syarat kena konsisten 3 bulan secara efektif baru lah anda layak.

C.3: CONVENTION TRIP

Trip mewah percuma yang ditawarkan pada setiap tahun untuk leader yang berjaya. 

Bagi yang layak mereka haruslah memenuhi syarat seperti konsisten rank up setiap bulan serta mendapat jualan yang banyak dalam tempoh setahun.

Jika berjaya mengumpul point peluang semakin besar. Untuk mendapatkan conference point yang banyak maka leader kena lahirkan Shaklee business leader yang baru.

Bestnya trip pelancongan Shaklee ni kerana fully sponsored by Shaklee semua Shaklee sediakan dari segi flight, hotel 5 star,transport dan makanan.
Sebelum bertolak Shaklee siap bagi pocket money untuk shopping.

Tak usah pushing kepala nak booking nak prepare itu ini semua sudah disediakan awal cuma bawa badan tu je.

Yang penting layanan VVIP turut diberikan kepada kita.Dahla mewah!percuma lagi tu..bestkan.

Convention trip ni melancong ke mana?
Pastinya ke luar negara seperti kawasan Asia dan Eropah.
Yang suka atau kaki travel memang sesuai sangat ni rugi kalau tak fight untuk trip ni.

BERITA BAIK!!
Dengar-dengar Shaklee nak bagi insentif Shaklee RM600 Cash!

Yes betul! Shaklee buat cycle baru bermula dari bulan April 2023 hingga Jun 2023.

Sesiapa sahaja yang berjaya naik rank dari Distributor ke Supervisor atau Senior Supervisor dengan efektif anda layak dapat insentif tersebut.

Tetapi dengan syarat anda kena rank up secara konsisten dan efektif sepanjang 3 bulan yang diberikan.
Jika anda gagal konsisten dalam mana-mana antara 3 bulan peluang anda juga tipis untuk dapatkannya.

Bestkan join Bisnes Shaklee selain daripada peluang 3C kini turut ditawarkan insentif Shaklee FY2024.

Jadi masih ada masa lagi yang nak join sangat dialu-alukan. Tak semestinya yang join ahli Shaklee yang buat bisnes je yang dapat bonus.
Tak buat bisnes kalau pembelian serta UV point banyak pun layak juga dapat bonus.

Nak join Shaklee ?
Nak pendaftaran secara percuma juga boleh nanti saya terangkan cara-caranya.
Nak tahu lebih lanjut boleh follow Marynie ya.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#insentifShaklee2023

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."





Friday 14 April 2023

Tips Kurus Dengan Cepat Dan Berkesan

Orang yang nak kurus ni pasti mereka mempunyai masalah berat badan yang berlebihan atau digelar sebagai obes.
Obesiti ialah sejenis kondisi yang menandakan seseorang itu mempunyai lemak badan yang berlebihan. 
Obesiti bukanlah sekadar masalah kosmetik atau rupa paras semata-mata.

Ia boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit tertentu seperti sakit jantung, diabetes,tekanan darah tinggi dan kanser.

APAKAH PUNCA BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN ?

1/Toksin Banyak Dalam Badan
Terdapat dalam dua cara iaitu dalam dan luaran.
Faktor luaran boleh dikaitkan dengan punca pemakanan seharian kita manakala faktor dalaman pula berpunca dari stres atau marah.


Cara nak singkirkan toksin ni korang kena detox dulu badan korang. Toksin akan keluar melalui najis, urine, dan perpeluhan.
Jadi, make sure setiap hari korang buang air besar, kencing lebih kerap lagi bagus, dan berpeluh. Itu sebab orang kata berpeluh tu sihat.

2/Banyak Makan Dan Minum Gula Tersembunyi
Gula adalah musuh utama kalau nak sihat. Gula ni bukan sahaja menyebabkan kegemukan malahan juga masalah kepada penyakit kronik seperti kencing manis,darah tinggi dan banyak lagi.

3/Mindset
Niat untuk turunkan berat badan tu kena tanam pada diri sendiri. Sebab penting kalau bukan dari usaha diri sendiri takkan kita nak suruh orang bantu betul tak.

Jadi kita mesti pasang niat supaya proses kita nak turunkan berat badan nanti dapat dipermudahkan kerana dengan adanya niat kita pasti bersemangat untuk kurus dengan cepat.

TIPS TURUNKAN BERAT BADAN

i)MINUM AIR PUTIH YANG BANYAK
Kurangkan karbohidrat dan gula serta makanan berlemak.

ii)BERSENAM
Banyakkan aktiviti kardio, bersenam lagi lama lagi bagus. Maraton, panjat gunung, berbasikal berpuluh dan beratus kilometer.

iii) SUPPLEMEN
Protein perlu banyak dan supply tak boleh putus.
Protein juga satu-satunya nutrien yang membantu untuk kenyang lebih lama.
Seperti gambar di bawah terdapat minuman protein iaitu CINCH SHAKE Chocolate dan Life Shake Elderberry.
Selain protein Herblax, Omega Guard dan Lecithin juga dapat membantu.


Makanan Terbaik Untuk Kolestrol:PHYTOCOL

Antara manfaat pyhtocol ialah:
  1. Membantu mengurangkan paras kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL)
  2. Menghalang penyerapan kolestrol dari makanan masuk ke salur darah
  3. Membantu menurunkan paras kolestrol secara semulajadi
  4. Membantu menguruskan badan dengan cara yang sihat.
Macam mana nak dapatkan PHYTOCOL?Nak grab sekarang ni ada promosi PHYTOCOL beli dua botol hanya RM238 sahaja.
Kesimpulannya, nak kurus dengan cepat mesti kena ada niat,gaya hidup mesti sihat dan tambahan kena amalkan makanan tambahan untuk kesihatan yang berpanjangan. Tidak mudah tetapi jika ada niat pasti dipermudahkan.

Kebetulan rakan saya turut berkongsi tentang tips kurus cepat dan mudah, jemput baca semoga dapat membantu bagi anda yang ingin kurus dengan cepat.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetKurusShaklee2023

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

Wednesday 12 April 2023

Bisnes Online Untuk Orang Muda

Secara amnya, bisnes online ialah perniagaan yang beroperasi secara atas talian di dalam platform - platform yang berdaftar.

Di mana penjanaan pendapatan dihasilkan menerusi atas talian atau internet.
Contohnya, Shopee,Lazada,Tiktokshop,Ebay, Amazon dan banyak lagi.

Ramai orang muda seperti pelajar,budak kolej mereka sudah mulai menceburi bidang perniagaan atas talian.

Tujuannya adalah untuk pendapatan sampingan ada kalanya terdapat segelintir orang muda ini ingin meringankan beban orang tua mereka dengan berniaga kecil-kecilan.

Kenapa Saya Pilih Shaklee Sebagai Bisnes Online?
1) Tidak Memerlukan Modal Yang Banyak.

Jimat duit hanya perlu RM35 sahaja untuk pendaftaran ahli Shaklee.Sebaik sahaja lepas daftar, korang sudah boleh membuat bisnes.

Kadang-kadang ada juga yang masuk ahli untuk dapat harga ahli tetapi sebenarnya rugi kalau tak buat bisnes sekali. 
Walau bagaimanapun, tidak juga dipaksa sebab boleh buat pilihan sama ada nak jadi pengedar Shaklee atau sekadar pengguna sahaja pun boleh. 

Sebagai orang muda macam Marynie bajet masuk ahli kalau nak buat bisnes Shaklee tu rasanya semua mampu tak payah keluarkan beribu-ribu untuk buat modal.

2)Sangat Fleksibel

Amatlah mudah bagi yang golongan muda sebab semua di hujung jari. Dengan adanya kemudahan seperti sistem Shaklee segala bahan marketing semua ada dalam tu.

Sudah disediakan cuma perlu tindakan daripada kita sendiri untuk mewar-warkan iklan tentang produk Shaklee.Jadi kalau ada yang nak beli kita boleh order melalui sistem sahaja.Senangkan, boleh buat bisnes di mana-mana dan bila-bila masa.

3)Income Tanpa Had

Dalam bisnes Shaklee ni semakin banyak jualan dan semakin banyak ahli baru yang kita daftar maka semakin banyak lah keuntungan yang kita dapat.
Saya pernah kongsikan tentang bonus Shaklee dalam entry saya sebelum ni di mana ada pelbagai jenis bonus.
Gaji dalam bisnes Shaklee ni pelbagai sebab itu saya sebut tanpa had kerana ia boleh melebihi daripada target jika kita berusaha lebih.

4)Tak Perlu Simpan Stock

Kebanyakkan ramai bisnes yang memerlukan simpanan stock dekat rumah supaya memudahkan pelanggan mendapat produk atau barang.

Tetapi dalam bisnes Shaklee kita tak perlu simpan stok yang banyak kerana elak daripada kerugian. 
Oleh sebab itu, jika ada pelanggan yang mahu produk baru lah buat tempahan dekat Branch yang terdekat untuk diposkan. 

Lebih 'fresh' maksudnya barang yang kita dapat pun masih baru sebab terus sampai ke tangan pelanggan.
Lagipula jimat kos sebab orang muda kan tak perlu keluarkan banyak bajet untuk simpan stock.

5)Boleh Diwarisi

Kelainan daripada bisnes yang lain hanya bisnes Shaklee sahaja yang boleh diwarisi sehingga ke anak cucu. 

Sebagai contoh, jika salah satu pengedar Shaklee ada yang meninggal dunia, jadi bisnes boleh diteruskan dan diwarisi oleh keluarga.

Jadi tidak rugi dengan usaha "si mati" ni tadi sekurang-kurangnya dapat membantu ahli keluarga dengan bisnes yang dijalankan.
Seterusnya, setiap tahun biasanya Shaklee akan mengadakan pakej percutian, jadi pengedar Shaklee yang layak sahaja boleh pergi.

Tetapi jika sekiranya ada kecemasan dan tiba-tiba tidak dapat mengikuti adalah ahli keluarga yang lain boleh ganti? Jawapannya, Ya.
Ahli keluarga boleh menggantikan dan boleh ikut percutian tersebut. Sangat beruntung sebab itu bisnes Shaklee ni boleh dikatakan lain daripada yang lain.
Selain daripada Syarikat Shaklee yang utuh,kukuh serta baru-baru ni juga Shaklee menang untuk "Trusted Brand Awards " jadi tiada lagi keraguan. 

Apa yang saya dapat sepanjang menjalankan Bisnes Online?
1.Income 3 Angka

Dalam bisnes pasti ada naik turun.Tapi saya bersyukur saya juga diberi peluang untuk merasai hasil keuntungan walaupun 3 angka.
Serba sedikit dapat membantu menambah pendapatan lagipun saya bekerja jadi saya buat bisnes online Shaklee ni sebagai partime sahaja.

2.Ramai Kenalan Baru 
Bila kita buat bisnes pasti kita akan dapat kenalan baru seperti pelanggan dari pelbagai daerah dan negeri.

Jarak bukan penghalang untuk buat bisnes malah ia membantu menghubungkan kita mengenali pelbagai ilmu baharu tentang etnik, perkongsian pendapat serta dapat menjalankan hubungan silaturahim.

3.Berjumpa Dengan Mentor @Leader Yang Berpengalaman

Sejujurnya leader saya adalah kakak saya sendiri iaitu Crozia Teka.Tetapi ada juga mentor saya yang lain seperti Master Siti Aisah dan Master Norita.
Dua master ni berasal dari semenanjung sedangkan kami di Sarawak jadi sebab bisnes Shaklee kami mengenali antara satu sama lain.

Tahun lepas salah satu mentor kami turut turun padang datang ke Kuching untuk berjumpa dengan anak-anak Shaklee.
Pelbagai aktiviti yang kami jalankan. Dalam Shaklee sekiranya tiada pengalaman tak perlu risau sebab akan ada leader atau mentor yang bantu kita untuk memberi dorongan.
Jadi biasanya kami hanya selalu berhubung melalui internet untuk kelas nutrisi atau personal coaching.

Keburukan Bisnes Online yang ramai tak Tau :
i/Masalah Internet

Kepada pengedar Shaklee yang berada di kawasan bandar mungkin tiada masalah internet.
Tetapi kami sebab duduk di kawasan yang jauh dari bandar agak memberi cabaran untuk dapatkan internet.
Setelah beberapa tahun baru tahun ini ada tiang telefon.
Sebab itu kalau ada kelas seperti dalam platform Zoom,FB live, Google Meet kami terpaksa gigih mencari talian tapi syukur ada ulangan yang boleh ditengok semula.

Kalau takda internet maka kami pun ikut plan B iaitu buat bisnes secara offline.Maksudnya lebih kepada banyak berjumpa dengan orang serta memberi khidmat consultant.

Ringkasnya sebagai orang muda kita tak perlu takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Walaupun sekadar bisnes online terkadang ada yang memandang remeh tetapi jika kita tanamkan mindset untuk jadi orang berjaya pasti kita dapat buat.Saya berharap akan ramai lagi golongan muda di luar sana yang mahu menceburi diri dalam bidang perniagaan.

NAK JOIN BISNES SHAKLEE SECARA PERCUMA?
Dengan pembelian setiap Set Rahmah ni pendaftaran untuk masuk ahli adalah percuma.

Set A :FREE MEMBERSHIP 
Set B :FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE 

Nak tahu lebih lanjut  tentang Bisnes Online jemput baca dari blog rakan saya juga.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

Saturday 8 April 2023

Hilangkan Parut Jerawat dengan Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Jerawat terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak. Sebum bersama -sama sel kulit mati dan bakteria akan terperangkap di bawah permulaan kulit. Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Parut jerawat ni sebenarnya adalah kesan peninggalan jerawat selepas jerawat itu sembuh. Apabila breakout, pori yang bengkak itu selalu akan beri kesan pada kulit dan menyebabkan kehadiran tompok merah, ada hyperpigmentation. Sesetengah orang muka akan nampak berlubang dan berlekuk. 

Kenali 3 jenis parut jerawat.
1.Atrophic
Parut jerawat atrophic merupakan antara parut jerawat yang biasa dialami. Parut ini diklasifikasikan sebagai ice pick, box scar dan rolling scar.

Ice pick
 - parut seperti cucukan jarum yang mempunyai parut yang kecil bersaiz 2mm.
-berada dalam kawasan kulit dan kelihatan seperti bentuk V.
-terjadi kerana kulit kehilangan kolagen dan lapisan kulit runtuh serta meninggalkan lubang.
-terjadi akibat jerawat cyst (jerawat besar dan sakit di bahagian rahang, dagu serta pipi akibat hormon tidak teratur.

Box Scar
-Lubang parut ini lebih lebar berbanding ice pick berlekuk seperti kotak atau bentuk U.
-terjadi kerana kehilangan tisu, keradangan akan menghancurkan kolagen dan memusnahkan jaringan sokongan kulit.
-semakin banyak tisu yang hilang,semakin teruk keadaan parut tersebut.
-Boxcar terjadi bila kita kerap picit jerawat jadi kalau tak nak parut macam ni jangan gatal tangan pula nak picit jerawat tu ye.

Rolling Scar
-bersaiz agak besar 4-5mm yang berbentuk M.
-kelihatan seperti berombak dan bukit bukai di atas kulit.
-terjadi disebabkan jerawat yang meradang dalam masa yang lama.
-semakin teruk inflamasi kulit, semakin teruk keadaan parut tersebut.
-parut akan muncul bila kita semakin tua kerana kulit sudah kurang menegang dan hilang keanjalan.

2.Hypertrophic Scar / Keloid
Kolagen yang berlebihan atau berkurangan boleh menjadi punca kepada parut jenis hypertrophic dan keloid. 

Biasanya ia mempunyai warna merah jambu. Manakala parut keloid mempunyai warna merah-ungu dan bersaiz agak kecil dari hypertrophic. 
-nampak seperti kulit timbul dan ada benjolan.

3.Hyperpigmentasi
Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH) -Tompok hitam yang ditinggalkan pada kulit bila badan menghasilkan melanin berlebihan.
-melanin ialah pigmen yang memberi warna pada kulit.
-melanin akan bertambah bila inflamasi berlaku.Sebab itu kita akan nampak tompok coklat dan kehitaman pada muka.

Macam mana nak rawat parut jerawat ni?

Rawatan parut jerawat selalunya memerlukan masa selama 6 hingga 8 minggu untuk menunjukkan hasil. Dengan amalan penjagaan kulit wajah yang baik, parut jerawat akan pulih dalam tempoh masa yang singkat.

Selain daripada penjagaan kulit muka,pembedahan,laser dan sebagainya adalah lebih baik jika merawat dari dalam badan. Contohnya mengamalkan makanan tambahan seperti Vitamin C,Vitamin E yang baik untuk kulit.

Vitamin C
-membantu menggalakkan penghasilan kolagen, melindungi kulit daripada sinaran UV, melambatkan penuaan kulit, mencegah kulit kering, mengurangkan kedutan kulit dan mengurangkan keradangan kulit.

Vitamin E
-vitamin yang mempunyai nutrien larut minyak dan dengan itu lebih berat daripada produk larut air. Ia mengembalikan kelembapan yang hilang, dan berfungsi paling baik untuk kulit kering dan rosak.

Tambahan pula protein turut membantu memperbaiki kulit seperti minuman ESP

Berita baik kini ada promosi Vitamin Kulit Cantik harga mampu milik.
Set A: ESP + VITA C
SET B : ESP(2) + VITA C(2 )
Manakala promosi untuk Vitamin E juga ada iaitu: TWIN PACK(2 botol)
Sangat jimat dan berbaloi. Dapatkan segera. Nak cari vitamin boleh cari saya untuk tempah atau poskan.


Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."





Saturday 1 April 2023

Idea Menu Sahur Paling Ringkas

SAHUR!!SAHUR!!..
Nak masak apa?Nak makan apa?
Soalan femes ni mesti nak rancang awal nak sedia bahan lagi.Kalau tak sahur macam mana nak ikut puasa penuh kan.
Takda pengalaman sahur ni takpa kan..tapi saya ada rakan-rakan sahabat handai Muslim yang lain.Jadi saya pun minta la pendapat daripada mereka apa je menu sahur diorang masa berpuasa.Ada yang bagitau makanan bersup, dessert,roti dan banyak lagi lah.Tapi yang pasti kebanyakkan cukup ia mengenyangkan yela kita kan perlu simpan juga tenaga untuk berpuasa sebab itu kena bersahur supaya dapat memberi tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa.

Kat sini saya nak kongsi menu sahur yang sering dihidangkan kat rumah.Biasanya pasti ada lebihan nasi yang kita makan waktu lepas berbuka puasa tu kan.Untuk elakkan pembaziran baik kita guna lebihan nasi itu untuk sahur.

Menu Sahur Ringkas 1:Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi putih yang telah sejuk
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji telur
  • 100 gram isi ayam (dipotong nipis)
  • 100 gram isi udang
  • 100 gram isi sotong
  • 50 gram sayur campur
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih.
  2. Masukkan telur, isi ayam, udang dan juga sotong. Tumiskan sehingga masak.
  3. Masukkan sayur campur.
  4. Masukkan nasi putih dan gaul sehingga rata.
  5. Tutup api dan angkat nasi goreng. Hidangkan
Kalau menu-menu macam ni dah biasa kan buat kat rumah cuma saya nak kongsi kan menu yang mungkin boleh membantu juga menjimatkan masa selain daripada memasak.Tak perlu sediakan banyak bahan tapi sangat mengenyangkan.Nak tahu menu apa tu? Baca sampai habis.

Sahur dengan Set Puasa Shaklee boleh buat menu apa? Dalam set tu ada Cinch tambahan lagi produk Shaklee iaitu ESP.Kenapa dua tu jadi pilihan?

Sebab ESP dan Cinch Shake sama-sama mempunyai indeks glisemik yang rendah.Lagipula ia mengandungi khasiat protein yang membantu membekalkan tenaga serta mengenyangkan dalam tempoh yang lama.

Menu Sahur Ringkas 2: Smoothie ESP
ESP tiada tambahan perisa yang manis seperti gula cuma ada perisa asli vanilla jadi untuk tambahan boleh letak kurma sebagai sumber glukosa bagi meningkatkan tenaga.Pastikan guna susu rendah lemak.

Menu Sahur Ringkas 3: Smoothie Cinch Chocolate 
Yang ni pula smoothie coklat campur kurma dengan pisang.Adalah lebih baik makan buah-buahan untuk tenaga segera.Untuk tambah lebih kenyang campur sekali Cinch Shake minuman protein untuk membina otot.Rasa Coklat yang lazat pasti menambah kenikmatan semasa bersahur.

Ringkasnya,semoga ketiga-tiga menu yang saya kongsikan dapat diguna kan untuk menu sahur ketika menjalani puasa kali ini.Sangat mudah,ringkas serta lazat bancuh-bancuh dah siap untuk diminum.Jimat masa juga kan sebab tak perlukan bahan yang banyak untuk menyediakannya.Menu ringkas tapi sihat amat sesuai bagi yang menitikberatkan tahap kesihatan.

Nak cuba atau nak dapatkan set puasa Shaklee boleh dapatkan daripada saya.Tekan link di bawah untuk tempahan.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak


"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry