Monday 27 March 2023

Vitamin C bukan hanya untuk Cantik

Kebanyakkan mereka yang mengamalkan supplement seperti Vitamin C ni adalah untuk tujuan kecantikkan.Nak cantikkan kulit la muka la tapi sebenarnya mereka tak Tau yang sebenarnya banyak lagi manfaat yang mereka dapat jika makan vitamin C ni.
Cerita pasal Vitamin C Shaklee ni perbezaannya adalah kerana ia mempunyai Sustained Release iaitu pembebasan berterusan secara semulajadi vitamin C ke dalam badan secara berperingkat.Jadi kita tidak perlu risau kerana pembebasan vitamin C ke dalam badan setiap jam dan badan kita akan sentiasa dibekalkan dengan nutrien vitamin C tersebut.
Dalam sebotol ada 180 tablet.Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah Oren termasuk kulitnya(500mg),120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang dikenali sebagai vitamin C Complex.

Antara 5 Manfaat lain Vitamin C ialah:
1.Membentuk Kolagen
-merangsang pembentukan kolagen kerana ia adalah sebatian asas otot,tisu,gusi,rangka dan tulang rawan.Oleh itu,ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.Jadi sebab itu,ia boleh membantu menyembuhkan luka pada anggota badan kita.

2.Meningkatkan Sistem Imun
-Vitamin C membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan Zat Besi yang lebih baik.
-membantu Sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta mempertingkatkan alergi hidung/kulit.Oleh itu,mereka yang mempunyai resdung amatlah digalakkan amal vitamin C.
-menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu serta selesema.

3.Memerangi Kanser
-satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa,mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser serta membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.
-mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

4.Memperbaiki Simptom Pendarahan
-kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah,lebam dikulit,pemulihan kecederaan yang lambat,kulit kering,ruam dan kulit kasar.
-membantu menguatkan gusi,gigi dan tulang.

5.Memperbaiki Insomnia
-membantu masalah tidur dan yang berkaitan mental seperti keresahan,stres.

Nah, banyakkan manfaat Vitamin C,jadi kita kena amal dan makan vitamin C seboleh-bolehnya setiap hari.
Tahukah anda,kita tidak seperti haiwan yang boleh menghasilkan vitamin C mereka sendiri kerana mereka makan tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan sedangkan kita amatlah jarang jadi kita kena ambil juga vitamin C ni.
Sebab apa saya kata jarang bukannya kita dapat makan lepas tu kira jumlah makanan yang mengandungi vitamin C yang kita makan.Jadi ambil jalan mudah dan senang baik amal vitamin C ni kerana dalam satu tablet (500mg) sudah memadai untuk keperluan tubuh badan kita.
Jangan lupa makan vitamin C tau,nak vitamin C boleh cari saya..

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak


"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

Mengapa perlu B Complex untuk Kurus?

Apa itu B Complex?
B Complex ialah satu jenis vitamin yang diketahui selain vitamin C,D,E dan banyak lagi.Dalam B Complex ni terdapat 8 komponen penting Vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik.
Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.

8 komponen penting Vitamin B ialah :
Vitamin B1-Tiamin
Vitamin B2-Riboflavin
Vitamin B3-Niasin
Vitamin B5-Panthothenic Acid
Vitamin B6-Piridoksin
Vitamin B7-Biotin
Vitamin B9-Asid Folik
Vitamin B12-Kobalamin

Ingin saya tekankan disini kenapa perlu B Complex untuk kuruskan badan? 
Sebab Vitamin B5 iaitu Pantothenic Acid dalam B Complex penting untuk mereka yang diet.Kandungan Vitamin B5 berfungsi sebagai pemecah lemak lalu menukarkan menjadi tenaga.
Antara sumber untuk mendapatkan vitamin B5 ialah dari sardin, avocado,ayam dan tembikai.Tahukan anda,kekurangan Pantothenic Acid boleh menyebabkan kelesuan,masalah tidur,muak dan loya pada anggota badan kita.
Jadi ia sesuai untuk mereka yang selalu mengalami tekanan darah rendah serta wanita hamil bagi tujuan untuk membantu mengurangkan berat badan dengan lebih selamat .

Apa fungsi Asid folik dalam B Complex?
Umumnya,kandungan asid folik sangat diperlukan oleh wanita yang ingin hamil atau sedang hamil.Tujuannya adalah untuk mencegah kerosakan saraf tunjang pada bayi dalam kandungan.
Asid folik juga membantu untuk mengawal perasaan dan nafsu makan.Walaupun pada dasarnya B Complex ni membantu juga dalam meningkatkan berat badan tapi dengan adanya asid folik ia malah membantu juga dalam penurunan berat badan.

Biasanya mereka yang ingin kurus mereka memerlukan solusi untuk menurunkan berat badan.Jadi bagi mengelakkan mereka berasa tertekan atau stress semasa ingin kurus baiknya mereka amal juga B Complex ni kerana ia membantu melawan tekanan serta memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak.

Untuk pengetahuan,Mengapa Urin menjadi Kekuningan jika ambil B Complex ni?
Ini adalah situasi normal kerana B Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan.Pada peringkat awal pengambilan,tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan,dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa.
Tips:B Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba,oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.

Jadi ini sahaja serba sedikit tentang perkongsian tentang B Complex Shaklee yang diperlukan untuk kuruskan badan.Semoga dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca.

Macam mana nak dapat kan B Complex ni? Boleh hubungi saya(0178018684) untuk tahu lebih lanjut.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak


"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."


Saturday 25 March 2023

Shaklee Fun Day 2023

Sabtu lepas pada tanggal 18 Mac 2023, Shaklee Malaysia telah mengadakan satu aktiviti iaitu Shaklee Fun Day.Aktiviti ini diadakan secara serentak di branch yang terdekat seperti di KL,Petaling Jaya,Kota Bharu dan Johor.Walaupun saya tak dapat join sebab Kat Sarawak belum ada lagi branch macam ni.Jadi saya kongsikan kemeriahan aktiviti dari rakan-rakan yang hadir.
Menariknya pada hari tersebut Shaklee turut menawarkan special price untuk ahli baru dan ahli lama.Pelbagai jenis hadiah juga disediakan untuk yang hadir.Percuma belon juga untuk anak-anak Shaklee.

Para staff Shaklee juga menyediakan air performance drink untuk para pengunjung.Ramai yang hadir membawa keluarga,sahabat handai serta anak-anak ke Shaklee Fun Day.

Pada masa yang sama, aktiviti seperti skin analysis, health check dan free bone mass juga dilakukan.Tujuannya adalah bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan produk yang sesuai untuk keperluan badan serta diamalkan.
Bagi yang ingin mendaftar ahli Shaklee biasanya perlu membayar rm35 untuk register tetapi Shaklee bagi galakkan dengan pembelian 500 points ke atas mereka layak mendapat hadiah Dari Shaklee.Selain hadiah,banyak juga promosi produk terutamanya Youth Skincare.Sebanyak 5%-10% diskaun untuk produk Youth seperti Cleanser, Toner dan Moisturizer SPF 50.Sangat berbaloi dan banyak yang telah mengambil kesempatan untuk memborong pada hari itu.

Bestnya dapat banyak hadiah.Inilah hasil tinjauan dari sideline Kak Ida bestkan selain menjadi ahli sebagai pengguna malah ramai yang ambil peluang untuk buat bisnes Shaklee.
Yang ni pula dapat gambar dari rakan FB.Meriahnya dapat free gift dengan memborong produk Shaklee.Jarang-jarang dapat peluang macam ni sekali dapat apalagi memborong lah jawabnya.Teringin juga jika ada branch kat Sarawak ni.Kalau dekat ni mesti pergi nak juga buat health check percuma dengan skin analysis ni kalau buat kat klinik swasta banyak charge tu tapi yang ni Shaklee buat percuma je.Bestkan sekali sekala dalam sebulan takpun sekali setahun buat check-up.

Semoga program ini diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.Mana lah tahu kan Sarawak juga ada branch tersendiri lepas ni dapatlah juga join kalau ada program sebegini.
Bagi yang baru nak join Shaklee inilah peluang anda untuk join lagipun bulan ni ada promosi untuk beberapa set produk yang memudahkan anda masuk ahli secara percuma sebab rugi kalau tidak manfaat peluang yang ada untuk mengenali Shaklee dengan lebih rapat lagi.Nak tahu cara masuk ahli secara percuma? Kalian boleh follow saya tekan link di bawah.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak


Wednesday 22 March 2023

Ketahui Keburukan Intermittent Fasting

Terdahulu saya juga pernah berkongsi tentang IF (Intermittent Fasting).Tapi kali ni saya akan kongsi kan sesuatu pengetahuan baru yang saya pelajari dalam kelas online Dr.Redza iaitu Scientist Malaysia yang banyak mengajarkan ilmu nutrivention.
IF atau lebih dikenali sebagai puasa berselang-seli bermakna kita tidak makan untuk tempoh masa setiap hari atau minggu. Beberapa pendekatan popular untuk puasa berselang termasuk, puasa berganti-ganti. Makan diet biasa sehari dan sama ada berpuasa sepenuhnya atau makan sedikit (kurang daripada 500 kalori) pada hari berikutnya.

Namun apa Keburukan Intermittent Fasting ni?

Berpuasa akan membuat kita mengawal dalam pengambilan makanan.Namun kita hendaklah ketahui apa kesannya terhadap hormon dalam badan kita?..Terdapat insulin yang merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang membantu tubuh menyerap karbohidrat untuk tenaga.
Jika badan tidak memerlukan tenaga lagi, ia adalah disimpan dalam hati sebagai glikogen, iaitu rantai glukosa.
Lebihan glikogen akan disimpan sebagai lemak.Lebih banyak kita makan, lebih banyak insulin dan glikogen
dihasilkan.
Mempunyai lebih banyak insulin dalam darah kita juga membuatkan kita mahu
untuk makan lebih banyak
dan boleh menyekat kesan leptin iaitu
hormon kenyang.
Leptin ialah hormon yang kebanyakannya dihasilkan oleh sel adiposa dan peranan utamanya berkemungkinan mengawal keseimbangan tenaga jangka panjang. Sebagai salah satu isyarat utama status tenaga, tahap leptin mempengaruhi selera makan, kenyang, dan tingkah laku bermotivasi yang berorientasikan kepada pengekalan rizab tenaga.

Ghrelin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel enteroendokrin saluran gastrousus, terutamanya perut, dan sering dipanggil "hormon lapar" kerana ia meningkatkan dorongan untuk makan. Tahap darah ghrelin adalah tertinggi sebelum makan apabila lapar, kembali ke tahap yang lebih rendah selepas waktu makan.

Jika kita berhenti menelan makanan berkalori, selepas 4 – 6 jam, yang
pankreas akan menghasilkan glukagon.
Glukagon adalah 'bertentangan' kepada glikogen kerana ia membantu
badan untuk menarik tenaga dari hati dan dari simpanan lemak.
Jika badan tidak pernah pergi selama itu tanpa makanan, glukagon
tidak pernah boleh melakukan tugasnya.
Glukagon adalah hormon peptida, yang dihasilkan oleh sel alfa pankreas. Ia meningkatkan kepekatan glukosa dan asid lemak dalam aliran darah, dan dianggap sebagai hormon katabolik utama badan. Ia juga digunakan sebagai ubat untuk merawat beberapa keadaan kesihatan.
Badan akan bagi signal kepada hormon untuk mengoptimumkan pembakaran lemak yang tersimpan dalam badan sebagai tenaga.

Peningkatan HGH (Human Growth Hormone) & level insulin menurun. Proses pembaikian sel-sel badan dan expresi gen akan berlaku. Malah, menurunkan paras kolesterol dan lemak dalam badan.

Selain itu, melambatkan proses penuaan sel badan. Kaedah semulajadi untuk ‘detox’ tubuh badan kita selain peranan organ hati yang menjalankan proses detoksifikasi.
Molecular Biologist Jepun, Prof. Dr. Yoshinori Ohsumi merupakan pemenang hadiah Nobel 2016 melalui penyelidikan ulungnya ‘Mechanism of Autophagy’.

Dalam kajian ini, sel yang berada dalam keadaan ‘starvation’ & persekitaran yang rendah nutrisi akan mengaktifkan proses Autophagy. Iaitu suatu proses pemusnahan, penyingkiran, kitaran semula sel-sel tua, rosak, mutasi yang dilakukan organel Lysosome.

Autophagy ialah degradasi semula jadi dan terpelihara sel yang membuang komponen yang tidak perlu atau tidak berfungsi melalui mekanisme terkawal yang bergantung kepada lisosom. Ia membolehkan degradasi teratur dan kitar semula komponen selular
Resveratrol adalah polifenol semulajadi yang mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan. 
Kesan autophagy yang disebabkan oleh resveratrol menjadikannya bermanfaat untuk mengurangkan keradangan dan menjana kematian sel kanser.

Jadi supplements terbaik yang ada khasiat Resveratrol anda boleh amal seperti Vivix dan CoQ Trol Plus.
Semoga bermanfaat..

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak


"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

Saturday 18 March 2023

4 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia

Di Malaysia rata-rata banyak yang mempunyai masalah kesihatan seperti obesiti.Bila berlarutan dan semakin banyak bilangan yang mempunyai masalah seperti ini maka ia menjejaskan banyak masyarakat dengan gaya hidup tidak sihat.Jadi mereka memerlukan jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah obesiti ini.

Mungkin ramai yang nak tahu kenapa Shaklee supplements terbaik di Malaysia.
Terdapat 4 sebab antaranya ialah :

1.Membantu mengatasi masalah menurunkan berat badan.
Seperti apa yang saya katakan tadi bila banyak yang obes pasti mereka perlu untuk menurunkan berat badan supaya mengelakkan mereka daripada pelbagai penyakit seperti kencing manis,darah tinggi,masalah jantung dan sebagainya.Jadi antara supplemen Shaklee yang dapat membantu mereka adalah Set Kurus Shaklee.Dalam set ni terdapat 4 jenis produk iaitu Cinch Shake(Membina), Lecithin, Omega Guard (Membakar) dan Herblax (Membuang).Setiap produk berfungsi mengikut konsep 3B iaitu Bina,Bakar dan Buang.Tujuannya adalah supaya lemak-lemak badan yang hendak dibuang tidak menjadikan badan mereka menggelebeh malah otot mereka tubuh terbina agar badan kekal kelihatan ideal supaya tidak menjurus kepada kekurusan serta kurang berat badan.

2.Sentiasa selamat
Supplement Shaklee dimulakan dengan alam semulajadi jadi para Saintis Shaklee mencari sumber bahan-bahan semulajadi yang terbaik di seluruh dunia.Bahkan sebanyak 350 lebih ujian yang dijalankan ke atas setiap ramuan botani yang baru untuk logam berat,racun serangga, atau beratus-ratus bahan cemar berbahaya yang lain.Setelah itu Shaklee juga menjalankan lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan produk.
Ini adalah antara bahan yang tiada didalam senarai Shaklee.
Sebab itu Shaklee 100% Selamat untuk digunakan.

3.Kriteria logo yang berdaftar pada bungkusan produk.
-Logo Halal
Walaupun produk Shaklee diimport dari luar negara iaitu Amerika Syarikat jadi bila datangnya produk ke negara kita Malaysia para pengguna yang Muslim selamat menggunakannya kerana ada sijil halal.
-Logo KKM
Sudah pasti jika produk seperti supplement para pengguna haruslah memilih produk atau brand yang ada logo KKM.Tujuannya adalah supaya sebarang kandungan dalam produk yang hendak diguna adalah selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.

4.Sentiasa mesra alam
Dr.Forrest C.Shaklee menubuhkan Syarikat berdasarkan pada prinsip Hidup Berharmoni dengan Alam Semula Jadi.Maka tiada satupun produk yang dicipta dapat mencemarkan alam sekitar.
Ini adalah sedikit perkongsian tentang sejarah perkembangan Shaklee terhadap alam sekitar.
Maka jelaslah bahawa Shaklee merupakan supplements terbaik di Malaysia.Sebenarnya segala perkongsian yang berserta bukti di atas bukan untuk over claim produk ya,ini cuma untuk pengetahuan kita bersama.Semoga bermanfaat untuk semua.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak
#setkurusshaklee

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."


Friday 17 March 2023

Set Shaklee Paling Saya Suka

Pada permulaan produk yang saya ambil ialah Vitamin C Shaklee kerana saya ingin menjaga imun Sistem badan lagipun masa tu musim PKP jadi kena amal vitamin atau makanan tambahan.

Dipendekkan cerita saya sebenarnya ingin mendapatkan kulit wajah yang Cantik maka saya pun amal set Cantik Shaklee.

Set Cantik Shaklee yang terdiri daripada:
1.Youth Skincare
Dulu wajah saya sebelum guna skincare Shaklee muka saya penuh jerawat kemerah- merahan saya sangat takut mencuba produk kerana takut ianya menjadi lebih teruk.Bila cuba Dan konsisten guna syukur muka saya semakin membaik sehingga hari ni.Walaupun sedikit perubahan tapi ia sangat memuaskan.Dalam skincare ni ada Cleanser,Toner,Serum, Moisturizer,krim malam dan siang serta banyak lagi.Inilah adalah wajah saya ketika dahulu Dan sekarang boleh rujuk di gambar rajah did bawah.
Ada bezakan..Hasilnya sangat natural.

2.Vitamin C 
Inilah asas untuk kita jaga kulit sebab badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin c secara semulajadi Maka kita kena makan buah-buahan atau sayur-sayuran untuk dapatkan nutrien vitamin c.
Bagusnya vitamin c ada collagen dan diperbuat daripada ekstrak jagung.Jadi sangat sesuai untuk yang ada gastrik.

3.Gla complex
Ini adalah vitamin yang mempunyai kandungan vitamin E yang bagus untuk kulit.Selain ia membantu dalam mengurangkan menstrual ketika haid.Bagi yang mempunyai darah haid tidak teratur mereka boleh amal Gla.



Sejak mula amal dan gunakan produk Shaklee ini lah set yang paling saya suka sehingga sekarang.Tetapi kita kena bersabar kalau nak hasil yang baik.Saya sendiri guna dan amal serta menjual oleh kerana kesan yang saya dapat melalui wajah dan kesihatan saya terus mempercayai dan teruskan pemakaian sehingga kini.

Bagi anda yang baru nak cuba menggunakan produk Shaklee tetapi masih ragu-ragu anda bleh dapatkan khidmat atau nasihat daripada doktor.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak
#setcantikshaklee

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

Impian dengan Shaklee

Sejak mula join Shaklee tahun 2020 memang dah tanam segala impian yang ingin dicapai.Orang kata bermimpilah setinggi langit kerana mimpi itu percuma.Tak seharusnya kita mimpi itu yang menghalang kita untuk mencapai sesuatu yang kita mahu justeru malah memberi semangat agar kita terus tekad sehingga kita mencapai impian tersebut.
Impian saya dengan Shaklee ialah :
1.Bantu lebih ramai orang 
Khususnya golongan muda,tua mahupun remaja atau dewasa supaya menggayakan hidup sihat.Malah saya ingin mengajak ramai yang jadi pengedar Shaklee agar produk Shaklee terus meluas dan dikenali serta diamalkan oleh masyarakat sekeliling.Bukan itu sahaja saya ingin mereka menjana pendapatan sampingaan melalui menjual vitamin dan produk Shaklee.Ini kerana dapat membantu mereka yang tidak bekerja contohnya ibu surirumah jadi mereka boleh jadikan bisnes Shaklee sebagai pendapatan sampingan.

2.Rumah dan kereta sendiri
Siapa tahu suatu hari nanti saya dapat car bonus atau bonus lebih jadi saya dapat gunakan penyata bonus Shaklee untuk membeli sebuah kereta dan rumah.Bukan tujuan menunjuk tapi sebagai hasil titik peluh dan usaha yang dilakukan bersama Shaklee.Pastinya ingin membina sebuah rumah yang berkonsepkan Shaklee iaitu lebih kepada natural atau lebih banyak kehijauan dari pokok-pokok bunga dan tumbuhan lain.

3.Income tanpa had
Siapa tak nak kan dalam sebulan pendapatan melebihi 6 hinga ke 7 angka.Bila income tanpa had pastinya kita bebas membeli sesuatu tanpa mengira harga.Seronok bukan tengah-tengah kita shopping sekali nampak barang yang kita minat kita ambil harga belakang kira.Dalam Shaklee income yang bakal diperoleh oleh pengedar Shaklee adalah tidak terhad kerana sesiapa yang berusaha lebih pasti dapat ganjaran yang lebih juga.

4.Melancong 
Tak kisah melancong ke luar atau dalam negara dengan trip Shaklee secara percuma.Best kan lagi-lagi segala pakej percutian ditaja sepenuhnya oleh syarikat Shaklee sendiri.Kita hanya bawa badan dan nikmati pemandangan.Berdasarkan pengalaman upline serta sideline yang pernah ikut trip sebelum ni saya sangat teringin menyertai mereka ke tempat-tempat menarik.

5.Hidup Sihat
Walaupun kita tak sakit sekarang bukan kerana kita sihat sepenuhnya pasti ada sahaja masalah kesihatan yang kita alami.Contohnya demam lagipun kita perlu juga makanan tambahan untuk jaga imunisasi badan.Jadi dengan adanya kemudahan produk Shaklee untuk kita amalkan jadi kita tidak perlu risau Lagi tentang masalah kesihatan.

Semoga segala impian yang ingin dicapai dengan Shaklee dapat ditunaikan dalam beberapa tahun akan datang.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak
#bisnesshaklee

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

Wednesday 15 March 2023

Kurus Sebelum Raya dengan Set Kurus Shaklee

Kebiasaannya,pasti ramai jejaka dan wanita di luar sana yang berazam untuk menurunkan berat badan pada setiap tahun.Hal ini berlalu kerana keinginan setiap individu yang mahu kan saiz badan yang ideal untuk ukuran baju raya jadi mereka kena usaha untuk kuruskan badan.Pelbagai cara serta kaedah yang perlu dilakukan agar dapat membantu untuk menurunkan berat badan.

Tips kurus sebelum raya dengan Set Kurus Shaklee.
Dalam set ni ada 4 jenis makanan tambahan iaitu Cinch, Lecithin, Herblax dan Omega Guard.

1.Cinch (mengenyangkan)
Bagi yang sukar untuk diet dan inginkan makanan ringkas tetapi mengenyangkan pilihan cinch adalah terbaik kerana:
-membantu meningkatkan metabolisme badan.
-memelihara otot bagi mengelakkan kegemukan semula dengan cepat ketika kurus.
-membakar lemak yang berlebihan dan mengempiskan perut.
-khasiat protein membantu kita berasa lebih bertenaga sepanjang hari.
-membantu mengekalkan bentuk badan yang cantik.

2.Lecithin (mengawal kolestrol)
Setiap kali sebelum raya pasti semasa berpuasa banyak pilihan menu makanan yang berlemak jadi risau untuk mengawal kolestrol dalam badan.Jangan risau kerana lecithin dapat membantu anda:
-membersih dan melicinkan saluran darah.
-berfungsi sebagai pengemulsi lemak semulajadi dalam salur darah badan.
-bertindak sebagai pelarut kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain.
-membantu mengawal gula dalam badan.
-bertindak mengelmusikan lemak iaitu memecahkan lemak.

3.Herblax (membuang toksin)
Cara untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat sebenarnya adalah kita perlu membersihkan usus agar makanan yang diambil tidak bertukar mencari racun kerana menyimpan terlalu banyak kandungan toksin jadi secara tidak langsung kita kena membuangnya.Untuk elak sembelit baiknya makan Herblax supaya melancarkan proses pembuangan.
Selain itu,ia juga membantu kita:
-membersihkan usus dan perut dengan lembut secara semulajadi.
-mengurangkan penyerapan lemak.
-melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan.
-mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan.
-membantu mengempiskan perut buncit atau kembung.
-membersihkan usus,darah dan hati.

4.Omega Guard (membakar lemak)
Nak kurus pastinya kita kena bakar lemak agar badan kita tidak menggelebeh kerana kandungan lemak dalam badan yang berlebihan.Omega guard adalah sesuai diambil untuk membantu proses memecahkan lemak dalam badan.Malah Omega Guard juga membantu:
-mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari makanan harian kita.
-meningkatkan kadar proses pembakaran lemak.
-meningkatkan kepekaan insulin.
-meningkatkan peredaran darah ke otot badan dan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.

Ringkasnya,set kurus Shaklee dapat membantu anda untuk kurus sebelum raya.Belum cuba belum tahu kan..
Semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu dan memberi manfaat.
Kalian juga boleh baca perkongsian saya mengenai set puasa Shaklee sebelum ini.
Pelbagai tips dan kaedah yang saya kongsikan untuk membantu anda berpuasa dengan lancar.


Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak
#setkurusshaklee

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

Sunday 12 March 2023

Duit Raya Awal Shaklee

Tujuan utama bila kita nak buat bisnes semestinya kita nak dapat untung kan.Tapi untung yang kita nak tu bukan hanya lah dari hasil jualan.Kadang-kadang rezeki kita datang dari pelbagai sumber.Contohnya,duit raya ni lah tak semua juga yang berpeluang dapat setiap tahun ada yang dapat ada yang tak dapat.
Sebut duit raya tak semesti saya yang non- Muslim ni yang tak sambut raya tak dapat kan tapi korang kena tahu setiap tahun Shaklee bagi duit raya.Macam mana nak dapatkan?Meh sini saya share kat korang.Sejak 3 tahun lebih join Shaklee jadi pengedar Sah Shaklee saya berasa sangat bersyukur sebab sepanjang saya menjual dan join bisnes Shaklee tak pernah gagal bayar bonus kami.Bonus ni lah yang saya maksud duit raya tu tadi sebab setiap 14 hari bulan Shaklee akan bayar melalui akaun bank.Untung sangat lagi-lagi yang tak bekerja ni pun sudah memadai dikira juga sebagai gaji dari Shaklee.Tapi kalau ada yang bekerja dan buat bisnes ni lagi lah income double.Siapa tak nak rugi kan janji kita konsisten dan kena seimbangkan masa yang betul.Sebenarnya bisnes Shaklee sangat fleksibel kerana kita boleh buat dimana-mana sahaja.

Adakah yang join Shaklee sebagai pengedar sahaja yang dapat bonus?
Untuk pengetahuan,sesiapa yang sudah mendaftar sebagai ahli baru dalam Shaklee disebabkan nak harga produk yang lebih murah mereka juga berpeluang untuk dapat bonus dari Shaklee.Walaupun hanya sekadar pengguna tetapi sekiranya mereka membuat pembelian dengan jumlah nilai unit produk ataupun digelar sebagai UV(unit value) yang banyak mereka juga layak dapat cashback iaitu bonus dari Shaklee.

Sebab itu saya sering menggalakkan pelanggan saya masuk ahli supaya kita sama-sama dapat merasai bonus Shaklee.Best kan,tapi saya juga tidak memaksa untuk buat bisnes terkadang tak semua orang ada niat serta berminat untuk buat bisnes yang penting kita menyokong niat mereka untuk amal gaya hidup sihat.

Macam mana nak kira bonus?
Bonus Shaklee terdiri daripada 5% ke 21% jadi setiap pembelian kita akan dikira dengan nilai unit produk yang kita beli.Semakin banyak nilai unit semakin banyak produk yang kita beli maka semakin banyak lah nilai peratus yang kita dapat.Peratusan itu yang akan menentukan berapa jumlah bonus yang kita dapat.
Jika kita berhasil konsisten mendapat bonus 21% maka setiap bulan kita akan naik rank dari seorang pengedar naik pula ke Supervisor seterusnya Coordinator sampailah Master.

Nak tahu berapa bonus Shaklee yang paling tinggi? 
Sebenarnya jika anda ingin tahu bonus Shaklee adalah tiada had atau lebih dikenali sebagai unlimited income.
Kalau kita nak income sekian sekian kita kena buat bisnes dengan usaha yang sekian-sekian.Semakin banyak jualan yang kita dapat buat semakin ramai leader yang kita lahirkan maka semakin banyak lah income kita dapat.Jadi kita kena konsisten walaupun saya belum naik rank sebab saya pun baru mulai bisnes Shaklee tapi saya berharap semoga saya ada rezeki dapat naik rank.

Bonus Shaklee ni bukan sahaja dikira dari jualan malah didatangkan dengan pelbagai bonus seperti gambar rajah did bawah.
Nampak kan? Ada Car bonus,jadi penyata bonus Shaklee ni juga kita dapat beli kereta. Ini cuma sebahagian,masih ada lagi pelbagai insentif seperti insentif pelancongan ke luar negara peringkat Asia atau international bahkan peluang bagi umat Islam yang mahu menunaikan Umrah juga diberikan.Tapi jika sekiranya kita tak dapat mengikuti percutian tersebut kita boleh mendapat faedah yang lain iaitu Shaklee akan bayar dengan Wang tunai.

Seronok kan buat bisnes Shaklee.Jadi ringkasnya,bonus Shaklee ni kita dapat jadikan sebagai gaji atau pendapatan tambahan sekurang-kurangnya dapat juga membantu untuk tabungan kita mana tahu kita nak beli rumah impian ke nak melancong guna bonus Shaklee ke kan.Kalau nak dapat duit raya dari Shaklee korang kena daftar dulu jadi ahli.

Semoga bermanfaat..

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak
#duitrayaShaklee




Friday 10 March 2023

Ramadhan dengan Set Puasa Shaklee

Sebelum ni saya juga ada berkongsi tentang set Puasa Shaklee tapi kali ni ada kelainan sedikit saya nak memberi beberapa manfaat yang anda boleh dapat ketika Ramadan yang tak lama lagi bakal menjelang.
Bila berpuasa je ni lah musim di mana segala stall-stall dan gerai makanan akan dibuka maka bermula lah operasi menjual pelbagai juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa.Tujuannya adalah memberi peluang kepada masyarakat yang lain mencari rezeki,membuat sedekah dan beramal ketika berpuasa di bulan Ramadan.
Saya yang non Muslim ni pun selalu juga datang ke bazaar Ramadan bila musim puasa kadang sekolah dulu selalu ikut kawan-kawan yang Muslim mencari juadah dekat pasar untuk berbuka puasa.Tapi yela nafsu makan ni tak boleh nak elakkan nampak sedap je beli last-last nanti tak semua habis di makan.Untung kat asrama ada kawan-kawan yang bantu habiskan kalau tak membazir lah jawabnya.

Dah nama bazaar Ramadan ni pernah terpikir tak makanan yang di ambil berkhasiat ke tidak untuk badan kita yela kebanyakkan juadah yang dijual itu berminyak tinggi kalori dengan lemak,gula,air minuman yang manis-manis tentunya tak baik untuk kesihatan.Boleh dimakan cuma jangan selalu dan pastikan kita juga kena bijak dalam memilih menu makanan.Tapi sekarang takyah risau dah sebab dengan adanya set puasa Shaklee ni dapat membantu anda kerana ia memenuhi kelengkapan dalam nutrisi yang diperlukan oleh badan kita semasa berpuasa.


1.Energizing Soy Protein (ESP)
Istilah "energizing" tentunya berkaitan dengan tenaga.Sebab itu Esp ni sesuai untuk diminum bagi membantu meningkatkan tenaga.Pastinya badan akan berasa lemau atau kurang tenaga kerana kita berpuasa iaitu menahan diri untuk tidak makan dan minum.Minuman protein yang berasaskan kacang soya "non-GMO" (non-Genetically Modified Organisms) yang diproses pada kadar suhu rendah membekalkan 9 asid amino dan kalsium.
Protein soya berasaskan tumbuhan baik untuk tenaga yang lebih lama.Setiap 850g (satu tong ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan didatangkan dengan perisa Vanilla ia amat sesuai dihidangkan pada waktu pagi atau masa sahur untuk menambah tenaga.

2.Performance Drink
Bagi penggemar minuman isotonik seperti air "100 plus" kalau nak pilihan yang sihat pilihlah minuman isotonik semulajadi iaitu Performance Drink.Minuman yang didatangkan dalam perisa lemon dan orange pasti memberi kepuasan dalam menghilangkan dahaga selepas berpuasa lagi-lagi bila dibancuh dengan air sejuk atau ais batu.Sangat lazat dan mudah disediakan.
Performance Drink ni dapat membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.Malah ia juga baik untuk sistem neuromotor(tindakbalas saraf & otot) serta membekalkan elektrolit dalam tubuh dan paling best ia melembapkan kulit agar kelihatan muda.

3.Cinch Shake
Minuman protein juga tapi ia didatangkan dalam perisa Vanilla,Chocolate dan Cafe Latte.
Bagi yang suka minum coffee sebab nak tahan kenyang lebih lama tapi tak baik untuk kesihatan kerana kandungan caffeine yang tinggi,jadi boleh gantikan dengan minum cinch perisa Cafe latte.Cinch kaya dengan khasiat tinggi protein dan kalsium.Bila protein tinggi,ia membantu untuk kenyang lebih lama.Dalam Cinch,ada Leucine yang mengekalkan otot tanpa lemak dan memberikan berat badan yang sihat.
 Leucine merupakan asid amino penting yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot.
Bagi yang nak kuruskan badan time Ramadan ni minumlah Cinch kerana ia membantu lemak yang menggelebeh dibahagian paha ataupun lengan menjadi padat semula kerana Leucine itu tadi.Malah,Cinch juga sesuai diambil waktu sahur kerana makanan yang tinggi protein dapat bantu badan bakar lemak yang kita makan sepanjang berpuasa waktu siang.Bila lemak dibakar maka berat badan pun turun.Mudahkan.

Ringkasnya,pilih lah set puasa Shaklee sebagai tambahan menu sihat dalam bulan Ramadan.Di samping dapat juga membantu badan kita agar kekal kelihatan cergas dan sihat sepanjang berpuasa.

Semoga bermanfaat..
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tak lama lagi,kini ada Set Puasa Shaklee dengan percuma satu Shaker dan kemasukan ahli juga percuma bagi setiap pembelian set ini.Jom dapatkan segera! Hubungi saya di talian :0178018684

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak
#setpuasashaklee

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."


Thursday 9 March 2023

3 Sebab Pilih Set Shaklee Untuk Puasa


Menjelang hari raya berakhirlah puasa..eh eh belum lagi sabar dulu tak lama lagi dah musim ramadhan.Bulan Ramadan bulan Puasa,apa itu Puasa?Puasa ni ialah proses di mana kita menahan diri untuk tidak makan atau minum dalam masa sama kita juga kawal untuk tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.Walaupun saya non Muslim tapi saya juga pernah berpuasa cuma cara kami berpuasa itu berbeza.

3 sebab pilih set Shaklee untuk puasa iaitu :
1/Memberikan tenaga
Dalam puasa kita kena wajib sarapan iaitu yang digantikan sebagai sahur.Saya percaya ramai yang tak mengambil hidangan berat waktu pagi sebabnya mungkin ada yang malas masak yela pagi-pagi kan baru bangun tidur masih "mamai" kata orang jadi hidangan yang paling ringkas dan mudah disediakan ialah minum ESP.
Nak tenaga yang lebih lama, ambil protein yang berkualiti iaitu berasaskan tumbuhan seperti ESP untuk menguatkan otot perut dan esofagus.
ESP mempunyai indeks glisemik (GI):39 yang membantu kenyang lebih lama.Disebabkan GI rendah paras glukosa dicerna dari karbohidrat dengan kadar yang perlahan menyebabkan kita mempunyai tenaga yang lebih lama.

2/Mengekalkan rasa kenyang
Apabila kita berpuasa kita perlu menahan diri dalam tempoh waktu yang lama untuk tidak makan atau minum.Jadi bagi mengurangkan rasa lapar baiknya kita ambil Cinch sebagai pengganti makanan.Dalam Cinch ada formula khas Leucine yang dapat membantu berpuasa dengan lebih baik.
Cinch merupakan minuman protein yang didatangkan dalam 3 perisa iaitu Vanilla, Chocolate dan Caffe latte.Terdapat 24g protein dalam setiap sajian bagi membolehkan rasa kenyang yang lama.Selain itu ia juga membantu membina otot dan mengekalkan jisim otot semasa kita tidak makan.

3/Mengelakkan dehidrasi
Wajarlah ketika berpuasa kita pasti akan merasa dahaga kerana badan kita mudah dehidrasi jika kekurangan kandungan air dalam badan.Dalam set Shaklee untuk puasa kali ni ada disertakan dengan minuman isotonik iaitu Performance Drink(PD).Ia didatangkan dalam perisa Lemon dan orange.
Minuman isotonik semulajadi ni mengandungi rendah sodium dan juga gula.Performance Drink dapat membantu menghilangkan rasa dahaga lagi-lagi bila kita bancuh dengan air sejuk.Ia juga membekalkan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan sepanjang berpuasa.

Ringkasnya, 3 sebab pilih set Shaklee untuk puasa ialah kerana dapat :
1.Memberikan tenaga (ESP)
2.Mengekalkan rasa kenyang (Cinch Shake)
3.Mengelakkan dehidrasi (Performance Drink)

Dengan set ini sudah memadai untuk membantu anda menjalankan puasa dengan lebih lancar dan bermakna agar kesihatan tetap terjaga serta cergas.
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tak lama lagi,kini ada Set Puasa Shaklee dengan percuma satu Shaker dan kemasukan ahli juga percuma bagi setiap pembelian set ini.Jom dapatkan segera! Hubungi saya di talian :0178018684

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;


TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#shakleesarawak
#shakleebau
#shakleekuching
#setpuasashaklee


"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

Tuesday 7 March 2023

Sahur Pengganti Sarapan Pagi

Biasanya sahur ni diamalkan oleh orang Muslim yang mana mereka makan di waktu pagi iaitu sebelum Azan subuh.Walaupun saya non Muslim tetapi berdasarkan pengalaman yang pernah saya tengok sebelum ni melalui rakan-rakan saya yang Muslim di asrama zaman sekolah dulu,jadi ada juga serba sedikit pengetahuan.
sahur

Wajib tak bersahur?Sebenarnya ia lebih penting berbanding berbuka puasa kerana ia memberikan tenaga untuk bertahan di siang hari.Tujuannya adalah sebagai persiapan sebelum berpuasa.

Memilih makanan dan khasiat yang betul semasa sahur boleh membantu kita mengurangkan masalah rasa cepat lapar atau rasa terlalu lapar sepanjang kita berpuasa.Makanan yang sesuai untuk bersahur jika malas memasak antara yang paling ringkas ialah oat.Walaupun 100 gram oat bersamaan dengan 91 kalori sahaja namun kandungan serat tinggi membantu membuatkan kita berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.
Selain itu,kurma juga boleh ditambah dalam menu kerana kandungan glukosa dalam kurma dapat memberikan kalori yang mencukupi sebagai sumber tenaga buat tubuh badan.
Pastikan minum air yang banyak sebelum mula berpuasa.Ketika bersahur minum lah susu sebab susu adalah baik untuk diminum kerana mengandungi kalsium,vitamin D dan protein.Minuman protein seperti ini membantu kita menahan rasa lapar secara lebih berkesan kerana proses penghadaman protein adalah lebih perlahan berbanding karbohidrat, dan ini turut membantu mengawal paras gula darah dan mencegah rasa lapar melampau atau nafsu makan yang kuat. Di samping membina otot badan, protein juga diperlukan untuk membina dan memperbaiki sel-sel dan tisu-tisu, mengawal fungsi metabolik penting dan juga menyokong sistem imuniti. 
Kesimpulannya,dari sudut kesihatan tidak bersahur akan menjadikan seseorang itu kurang bertenaga dan lesu ketika berpuasa selain meningkatkan dehidrasi.
Tak lama lagi musim berpuasa akan tiba mesti ramai yang nak tau makan apa minum apa masa sahur ni kan semoga kalian dapat merancang awal agar dapat memilih hidangan yang berkhasiat.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti IG,FB &, TikTok.Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#shakleesarawak
#shakleebau
#shakleekuching
#sahur 

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry