Sunday 12 March 2023

Duit Raya Awal Shaklee

Tujuan utama bila kita nak buat bisnes semestinya kita nak dapat untung kan.Tapi untung yang kita nak tu bukan hanya lah dari hasil jualan.Kadang-kadang rezeki kita datang dari pelbagai sumber.Contohnya,duit raya ni lah tak semua juga yang berpeluang dapat setiap tahun ada yang dapat ada yang tak dapat.
Sebut duit raya tak semesti saya yang non- Muslim ni yang tak sambut raya tak dapat kan tapi korang kena tahu setiap tahun Shaklee bagi duit raya.Macam mana nak dapatkan?Meh sini saya share kat korang.Sejak 3 tahun lebih join Shaklee jadi pengedar Sah Shaklee saya berasa sangat bersyukur sebab sepanjang saya menjual dan join bisnes Shaklee tak pernah gagal bayar bonus kami.Bonus ni lah yang saya maksud duit raya tu tadi sebab setiap 14 hari bulan Shaklee akan bayar melalui akaun bank.Untung sangat lagi-lagi yang tak bekerja ni pun sudah memadai dikira juga sebagai gaji dari Shaklee.Tapi kalau ada yang bekerja dan buat bisnes ni lagi lah income double.Siapa tak nak rugi kan janji kita konsisten dan kena seimbangkan masa yang betul.Sebenarnya bisnes Shaklee sangat fleksibel kerana kita boleh buat dimana-mana sahaja.

Adakah yang join Shaklee sebagai pengedar sahaja yang dapat bonus?
Untuk pengetahuan,sesiapa yang sudah mendaftar sebagai ahli baru dalam Shaklee disebabkan nak harga produk yang lebih murah mereka juga berpeluang untuk dapat bonus dari Shaklee.Walaupun hanya sekadar pengguna tetapi sekiranya mereka membuat pembelian dengan jumlah nilai unit produk ataupun digelar sebagai UV(unit value) yang banyak mereka juga layak dapat cashback iaitu bonus dari Shaklee.

Sebab itu saya sering menggalakkan pelanggan saya masuk ahli supaya kita sama-sama dapat merasai bonus Shaklee.Best kan,tapi saya juga tidak memaksa untuk buat bisnes terkadang tak semua orang ada niat serta berminat untuk buat bisnes yang penting kita menyokong niat mereka untuk amal gaya hidup sihat.

Macam mana nak kira bonus?
Bonus Shaklee terdiri daripada 5% ke 21% jadi setiap pembelian kita akan dikira dengan nilai unit produk yang kita beli.Semakin banyak nilai unit semakin banyak produk yang kita beli maka semakin banyak lah nilai peratus yang kita dapat.Peratusan itu yang akan menentukan berapa jumlah bonus yang kita dapat.
Jika kita berhasil konsisten mendapat bonus 21% maka setiap bulan kita akan naik rank dari seorang pengedar naik pula ke Supervisor seterusnya Coordinator sampailah Master.

Nak tahu berapa bonus Shaklee yang paling tinggi? 
Sebenarnya jika anda ingin tahu bonus Shaklee adalah tiada had atau lebih dikenali sebagai unlimited income.
Kalau kita nak income sekian sekian kita kena buat bisnes dengan usaha yang sekian-sekian.Semakin banyak jualan yang kita dapat buat semakin ramai leader yang kita lahirkan maka semakin banyak lah income kita dapat.Jadi kita kena konsisten walaupun saya belum naik rank sebab saya pun baru mulai bisnes Shaklee tapi saya berharap semoga saya ada rezeki dapat naik rank.

Bonus Shaklee ni bukan sahaja dikira dari jualan malah didatangkan dengan pelbagai bonus seperti gambar rajah did bawah.
Nampak kan? Ada Car bonus,jadi penyata bonus Shaklee ni juga kita dapat beli kereta. Ini cuma sebahagian,masih ada lagi pelbagai insentif seperti insentif pelancongan ke luar negara peringkat Asia atau international bahkan peluang bagi umat Islam yang mahu menunaikan Umrah juga diberikan.Tapi jika sekiranya kita tak dapat mengikuti percutian tersebut kita boleh mendapat faedah yang lain iaitu Shaklee akan bayar dengan Wang tunai.

Seronok kan buat bisnes Shaklee.Jadi ringkasnya,bonus Shaklee ni kita dapat jadikan sebagai gaji atau pendapatan tambahan sekurang-kurangnya dapat juga membantu untuk tabungan kita mana tahu kita nak beli rumah impian ke nak melancong guna bonus Shaklee ke kan.Kalau nak dapat duit raya dari Shaklee korang kena daftar dulu jadi ahli.

Semoga bermanfaat..

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak
#duitrayaShaklee




No comments:

Post a Comment

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry