Wednesday 21 June 2023

Petua Hilangkan Jeragat Tanpa Laser

Apa Itu Jeragat?

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. 

Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit kelihatan tidak sekata. 

Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.

Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda.

Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.

Punca Jeragat Berlaku disebabkan;
1/Terdedah kepada sinaran matahari

Seperti yang kita semua ketahui sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran UV terdiri daripada tiga jenis :
Ultraviolet A,
Ultraviolet B,
Ultraviolet C.

2/ Penggunaan kosmetik

Penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat.
Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.

3/Faktor keturunan

Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu.



Jeragat boleh dikategorikan kepada 3 jenis :

Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun

Dermal – terjadi dbawah lapisan sel kulit. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan lain-lain.

Campuran – terjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. 
Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika menggunakan sleepingmask dan Serum. Gabungan lengkap yang mampu merawat lebih lebih lagi ketika kita tidur. Proses lebih berkesan kerana Kulit kita akan membentuk cell baru ketika pukul 12 hingga 3 pagi.



Kenal pasti Warna Jeragat dan Bentuk :
-Jeragat yang terjadi di epidermis (epidermal) berwarna coklat cair dan akan kelihatan lebih gelap jika dilihat dibawah lampu

-Jeragat dermal akan kelihatan keperangan dan tidak kelihatan lebih gelap jika dibawah lampu.

-Jeragat campuran berwarna coklat gelap, jika diteliti dibawah lampu pemeriksaan akan kelihatan lebih gelap atau kadang-kadang tidak ada perubahan.


Petua Hilangkan Jeragat Dengan Jus Lemon;

Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukannya ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik. Sebagai alternatif lain, anda juga boleh gunakan hirisan lemon yang dicampurkan dengan madu.
Jus lemon sudah lama digunakan secara tradisional untuk merawat dan memudarkan parut jerawat.

Malah, banyak blog kecantikan, majalah dan penjagaan wajah DIY menggunakan jus lemon sebagai salah satu ‘resepi’ yang dikatakan amat berkesan untuk memudarkan jeragat.

Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.


Antara Vitamin Yang Dapat Membantu Hilangkan Jeragat ialah :

1) VITAMIN C
Penting dalam penghasilan KOLAGEN. Vitamin C kaya dengan ANTI OKSIDAN. Ia menghalang penghasilan melanin punca jeragat.
-sumber vitamin C dari bahan semulajadi dengan Bioflavonoid

2) VITAMIN E
Terkenal dengan vitamin AWET  MUDA. Melambatkan proses penuaan kulit. Juga boleh membantu dalam keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit. Vitamin E juga mengurangkan kesan jeragat.
-sumber vitamin E dengan ekstrak selenium dan biji anggur.

3) PROTEIN
Mengurangkan kesan hitam atau kulit mati akibat jeragat. Potein sangat penting dalam penghasilan SEL BARU bagi menggantikan sel kulit yang telah mati dan rosak.
-ESP sumber protein yang berkualiti tinggi menggunakan soya non-GMO.

Semoga petua hilangkan jeragat ini dapat membantu anda yang ada masalah jeragat.Sangat mudah serta jimat bajet anda kerana tidak memerlukan laser yang mempunyai kos yang mahal.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#setcantikshaklee
#petuahilangkanjeragat
#shakleebau
#shakleekuching

Amalan Gaya Hidup Sihat Untuk Orang Muda

Masih wujud tak anak muda kini yang jaga atau peka dengan gaya hidup Sihat?
Ya,Masih.
Sebab itu amalan gaya hidup sihat hendaklah sentiasa diwar-war kan.
Tujuannya untuk mendidik anak-anak praktis dari awal ketika usia masih muda.
Bila sudah tua nanti tidaklah mereka terlambat untuk dapatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat.

3 Amalan Gaya Hidup Sihat ialah :

1.Dapatkan Pemeriksaan Kesihatan 

Sekurang-kurangnya wajib sekali dalam setahun buat pemeriksaan kesihatan supaya kita boleh tahu taraf kesihatan kita.
Anak muda juga perlu buat tidak semestinya orang tua atau dewasa sahaja diberi galakkan,adalah lebih baik untuk memastikan diri kita dalam keadaan yang sihat walafiat.

2. Jaga Pemakanan

Cuba elakkan makanan yang tinggi kandungan kolestrol,gula atau pengambilan garam yang berlebihan.

Bagi yang suka minuman kafein seperti kopi baiknya gantikan kepada minuman seperti susu atau coklat.
Kenapa? Kerana pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan ketagih dan boleh mempengaruhi masalah insomnia.

3. Jauhkan Diri Daripada Tekanan 

Bagaimana? Jika ada masalah yang dihadapai cuba selesaikan dengan baik dengan memikirkan hal-hal positif.
Antaranya, sibukkan diri dengan hobi atau lakukan aktiviti riadah atau sukan serta rohani.

Jika boleh jangan mudah ambil sesuatu atau perihal yang negatif kerana boleh mempengaruhi diri kita dengan Tekanan mental atau fizikal.

Selain itu, cuba amalkan juga amalan gaya hidup sihat dengan Shaklee.
Bagaimana?
Dengan mengambil supplemen untuk membantu meningkatkan taraf kesihatan.
Pelbagai jenis produk yang boleh diamalkan. Pastikan kita mengambil serta amal mengikut kesesuaian atau keperluan badan kita.

Ini adalah set basic kesihatan Shaklee.
Ringkasnya, kita tidak perlu menunggu di waktu kita sakit atau sudah tua baru nak ada kesedaran jaga kesihatan.
Sebenarnya adalah lebih baik kita jaga ketika usia masih muda.


Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#setbasicshaklee
#amalangayahidupsihat
#shakleebau
#shakleekuching

Monday 12 June 2023

Testimoni Shaklee Membuatkan Jerawat Remaja saya Hilang

MAKAN UNTUK KESIHATAN DAN KULIT CANTIK

Jujur saya nak bagitau saya adalah seorang yang susah nak makan atau telan ubat. 
Sedangkan panadol yang saya makan dulu pun saya bahagikan setengah kemudian hancurkan dalam sudu dulu campur dengan sedikit air suam kemudian baru saya telan. 
Pendekkan cerita sejak kenal Shaklee jangankan ubat, supplemen pun dh berani telan banyak-banyak (contoh:Vita C 2 biji).

Mula-mula join Shaklee tahun 2020 yang dikenali oleh kakak saya sendiri sebab masa itu dia aktif buat bisnes shaklee sampai sekarang.
Produk pertama yang saya makan ialah Vitamin C sebab masa itu zaman Covid sudah bermula.
Jadi disitu saya dah ada kesedaran untuk jaga kesihatan.
Dalam tak sedar sampai lah sekarang amal Vitamin C.
Inilah kulit muka saya pada awalnya tiada jerawat yang teruk pun disitu.

Pada tahun 2020 saya masih sempat amal Vitamin C sebelum ditukar kepada wajah baharu iaitu pada tahun 2022.

Jun 2021-Muka saya breakout teruk disebabkan produk wajah yg tak sesuai.
Nak keluar dari rumah pun segan sebab jerawat satu muka.

Jadi dari situ lah saya cuba Youth Skincare Shaklee berkat kesabaran, dan konsisten pakai Youth skincare, syukur sekarang kulit muka dah pulih balik.
Selain youth saya juga amalkan GLA,B Complex, dan NutriFeron.
Jun 2023-Tak sangka sudah 2 tahun berlalu namun kini saya masih setia menggunakan Youth Skincare Shaklee (cleanser, toner, night cream).
Ini adalah sebahagian daripada koleksi Skincare Youth Shaklee yang saya kumpul sejak 2021.

Pada masa yang sama saya masih amalkan supplemen seperti Vitamin C kini saya tambah dengan Hero Kiddo, Vita Lea, Ostenutrix dan banyak lagi.
Ini adalah hasil daripada Testimoni Shaklee saya sendiri. 
Sebelum saya memperkenalkan produk Shaklee saya kena buktikan yang saya juga berjaya memulihkan kulit saya semula dengan produk Shaklee.

Bukan untuk over claim tapi ini adalah result sebenar yang saya pasti Selamat untuk diguna dan juga diamal.

Semoga perkongsian saya kali ini dapat memberi manfaat dan memberi jalan penyelesaian kepada anda yang mempunyai masalah kulit jerawat atau jeragat.


Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#testimonishaklee
#shakleebau
#shakleekuching

Pengedar Shaklee Bau Sarawak

Bermula sejak tahun 2020, daftar ahli sebagai pengguna Shaklee sahaja. Kemudian mula terjebak mengikuti jejak upline saya iaitu kakak Mary sendiri untuk mengedar serta menjual produk Shaklee.

Apabila sudah merasai hasil daripada menjual Shaklee, pertama kali bonus yang saya terima hanya lah 5% sahaja.

Walaupun sedikit, namun saya nekad untuk cabar diri meraih lebih dari itu sehingga lah Mary menggalakkan rakan-rakan dan kenalan serta pelanggan Mary masuk ahli bagi mendapatkan harga yang murah.

Dari situ lah sampai sekarang saya masih kekal dan bertahan sebagai pengedar Shaklee yang aktif di kawasan Bau, Kuching Sarawak.

Sebagai seorang yang menceburi bidang perniagaan Mary sentiasa tanamkan sifat bersabar kerana memerlukan masa bagi mencapai kejayaan.

Bagi yang mengenali Mary atau berada di kawasan seperti berikut ;
1/Bau
2/Lundu
3/Kuching
4/Serian
5/Sibu
6/Miri
7/Bintulu 
8/Sarawak

Bagi anda yang ingin dapatkan produk Shaklee, yang jauh saya boleh poskan dan yang dekat Mary boleh hantarkan.

Jangan risau saya telah mendaftar sebagai pengedar Shaklee yang sah.

Kelebihan membeli daripada saya adalah jika sekiranya barang atau produk ada kerosakan saya boleh kemukakan masalah kepada staff Shaklee untuk menggantikan dengan produk yang baru.

Tahukah anda, untuk menjadi pengedar Shaklee kita dapat jalankan secara online dan offline. Tetapi jika tiada halangan adalah lebih baik kita jalankan secara online.

Hal ini kerana,para pengedar dapat mengikuti kelas nutrisi terutama yang jauh melalui platforms Zoom, Video Call What apps, Google Meet dan banyak lagi.

Jika ada yang berminat untuk join saya mengedar Shaklee, Mary boleh tolong daftar kan melalui sistem atau web Shaklee.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshaklee
#shakleebau
#shakleekuching

Sunday 4 June 2023

Multivitamin Shaklee Menjadi Pilihan Ramai

Kenapa perlu multivitamin dalam badan?


Salah satu multivitamin yang menjadi pilihan saya adalah multivitamin Shaklee.

Kandungan multivitamin vitalea shaklee adalah :

Vitamin A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

Vitamin D – Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vitamin B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan .

Jika ada mahu multivitamin yang lengkap baiknya pilih Vita Lea Shaklee kerana semua nutrien lengkap dalam satu tablet.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#multivitaminshaklee

Saturday 3 June 2023

Kata-Kata Motivasi Penting Untuk Anak Muda

Apa Itu Motivasi ?

Motivasi ialah keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang.

Tujuannya untuk mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan.

Kenapa anak muda perlu kan Motivasi?

Sebab mereka perlukan dorongan paling mudah dan jelas dilihat ialah apabila orang tua menasihati mengajar serta memberi bimbingan yang baik kepada anak-anak di rumah.

Jika perasan di setiap sekolah pasti ada program motivasi.
Tujuannya adalah untuk memberi suatu penerangan atau pendedahan kepada anak-anak muda yang baru melangkah mencapai matlamat hidup.

Ada yang kata, masa muda itu waktunya bersenang-senang. Mengenal satu sama lain, mempelajari banyak hal baru, dan mencoba berbagai pengalaman yang seronok. 

Namun, masa muda boleh dikatakan sangat singkat. Jika  tidak memanfaatkannya dengan baik dan tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan, maka masa tua justru tidak akan terselamatkan.

Akan tetapi, pastinya tidak mudah untuk fokus mengejar kejayaan di usia muda. Dimana di usia itu seseorang mengalami banyak godaan dan sangat mudah dengan keputusasaan akibat  emosi yang belum stabil. 

Maka, tak jarang kita melihat anak muda yang mudah mengeluh pada permasalahan yang mereka hadapi.

Itulah mengapa diperlukan kata-kata motivasi untuk anak muda agar termotivasi untuk terus semangat dan menggapai kejayaan.


elain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#katakatamotivasi

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry