Showing posts with label set puasa Shaklee. Show all posts
Showing posts with label set puasa Shaklee. Show all posts

Saturday, 1 April 2023

Idea Menu Sahur Paling Ringkas

SAHUR!!SAHUR!!..
Nak masak apa?Nak makan apa?
Soalan femes ni mesti nak rancang awal nak sedia bahan lagi.Kalau tak sahur macam mana nak ikut puasa penuh kan.
Takda pengalaman sahur ni takpa kan..tapi saya ada rakan-rakan sahabat handai Muslim yang lain.Jadi saya pun minta la pendapat daripada mereka apa je menu sahur diorang masa berpuasa.Ada yang bagitau makanan bersup, dessert,roti dan banyak lagi lah.Tapi yang pasti kebanyakkan cukup ia mengenyangkan yela kita kan perlu simpan juga tenaga untuk berpuasa sebab itu kena bersahur supaya dapat memberi tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa.

Kat sini saya nak kongsi menu sahur yang sering dihidangkan kat rumah.Biasanya pasti ada lebihan nasi yang kita makan waktu lepas berbuka puasa tu kan.Untuk elakkan pembaziran baik kita guna lebihan nasi itu untuk sahur.

Menu Sahur Ringkas 1:Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi putih yang telah sejuk
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji telur
  • 100 gram isi ayam (dipotong nipis)
  • 100 gram isi udang
  • 100 gram isi sotong
  • 50 gram sayur campur
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih.
  2. Masukkan telur, isi ayam, udang dan juga sotong. Tumiskan sehingga masak.
  3. Masukkan sayur campur.
  4. Masukkan nasi putih dan gaul sehingga rata.
  5. Tutup api dan angkat nasi goreng. Hidangkan
Kalau menu-menu macam ni dah biasa kan buat kat rumah cuma saya nak kongsi kan menu yang mungkin boleh membantu juga menjimatkan masa selain daripada memasak.Tak perlu sediakan banyak bahan tapi sangat mengenyangkan.Nak tahu menu apa tu? Baca sampai habis.

Sahur dengan Set Puasa Shaklee boleh buat menu apa? Dalam set tu ada Cinch tambahan lagi produk Shaklee iaitu ESP.Kenapa dua tu jadi pilihan?

Sebab ESP dan Cinch Shake sama-sama mempunyai indeks glisemik yang rendah.Lagipula ia mengandungi khasiat protein yang membantu membekalkan tenaga serta mengenyangkan dalam tempoh yang lama.

Menu Sahur Ringkas 2: Smoothie ESP
ESP tiada tambahan perisa yang manis seperti gula cuma ada perisa asli vanilla jadi untuk tambahan boleh letak kurma sebagai sumber glukosa bagi meningkatkan tenaga.Pastikan guna susu rendah lemak.

Menu Sahur Ringkas 3: Smoothie Cinch Chocolate 
Yang ni pula smoothie coklat campur kurma dengan pisang.Adalah lebih baik makan buah-buahan untuk tenaga segera.Untuk tambah lebih kenyang campur sekali Cinch Shake minuman protein untuk membina otot.Rasa Coklat yang lazat pasti menambah kenikmatan semasa bersahur.

Ringkasnya,semoga ketiga-tiga menu yang saya kongsikan dapat diguna kan untuk menu sahur ketika menjalani puasa kali ini.Sangat mudah,ringkas serta lazat bancuh-bancuh dah siap untuk diminum.Jimat masa juga kan sebab tak perlukan bahan yang banyak untuk menyediakannya.Menu ringkas tapi sihat amat sesuai bagi yang menitikberatkan tahap kesihatan.

Nak cuba atau nak dapatkan set puasa Shaklee boleh dapatkan daripada saya.Tekan link di bawah untuk tempahan.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak


"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

Friday, 10 March 2023

Ramadhan dengan Set Puasa Shaklee

Sebelum ni saya juga ada berkongsi tentang set Puasa Shaklee tapi kali ni ada kelainan sedikit saya nak memberi beberapa manfaat yang anda boleh dapat ketika Ramadan yang tak lama lagi bakal menjelang.
Bila berpuasa je ni lah musim di mana segala stall-stall dan gerai makanan akan dibuka maka bermula lah operasi menjual pelbagai juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa.Tujuannya adalah memberi peluang kepada masyarakat yang lain mencari rezeki,membuat sedekah dan beramal ketika berpuasa di bulan Ramadan.
Saya yang non Muslim ni pun selalu juga datang ke bazaar Ramadan bila musim puasa kadang sekolah dulu selalu ikut kawan-kawan yang Muslim mencari juadah dekat pasar untuk berbuka puasa.Tapi yela nafsu makan ni tak boleh nak elakkan nampak sedap je beli last-last nanti tak semua habis di makan.Untung kat asrama ada kawan-kawan yang bantu habiskan kalau tak membazir lah jawabnya.

Dah nama bazaar Ramadan ni pernah terpikir tak makanan yang di ambil berkhasiat ke tidak untuk badan kita yela kebanyakkan juadah yang dijual itu berminyak tinggi kalori dengan lemak,gula,air minuman yang manis-manis tentunya tak baik untuk kesihatan.Boleh dimakan cuma jangan selalu dan pastikan kita juga kena bijak dalam memilih menu makanan.Tapi sekarang takyah risau dah sebab dengan adanya set puasa Shaklee ni dapat membantu anda kerana ia memenuhi kelengkapan dalam nutrisi yang diperlukan oleh badan kita semasa berpuasa.


1.Energizing Soy Protein (ESP)
Istilah "energizing" tentunya berkaitan dengan tenaga.Sebab itu Esp ni sesuai untuk diminum bagi membantu meningkatkan tenaga.Pastinya badan akan berasa lemau atau kurang tenaga kerana kita berpuasa iaitu menahan diri untuk tidak makan dan minum.Minuman protein yang berasaskan kacang soya "non-GMO" (non-Genetically Modified Organisms) yang diproses pada kadar suhu rendah membekalkan 9 asid amino dan kalsium.
Protein soya berasaskan tumbuhan baik untuk tenaga yang lebih lama.Setiap 850g (satu tong ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan didatangkan dengan perisa Vanilla ia amat sesuai dihidangkan pada waktu pagi atau masa sahur untuk menambah tenaga.

2.Performance Drink
Bagi penggemar minuman isotonik seperti air "100 plus" kalau nak pilihan yang sihat pilihlah minuman isotonik semulajadi iaitu Performance Drink.Minuman yang didatangkan dalam perisa lemon dan orange pasti memberi kepuasan dalam menghilangkan dahaga selepas berpuasa lagi-lagi bila dibancuh dengan air sejuk atau ais batu.Sangat lazat dan mudah disediakan.
Performance Drink ni dapat membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.Malah ia juga baik untuk sistem neuromotor(tindakbalas saraf & otot) serta membekalkan elektrolit dalam tubuh dan paling best ia melembapkan kulit agar kelihatan muda.

3.Cinch Shake
Minuman protein juga tapi ia didatangkan dalam perisa Vanilla,Chocolate dan Cafe Latte.
Bagi yang suka minum coffee sebab nak tahan kenyang lebih lama tapi tak baik untuk kesihatan kerana kandungan caffeine yang tinggi,jadi boleh gantikan dengan minum cinch perisa Cafe latte.Cinch kaya dengan khasiat tinggi protein dan kalsium.Bila protein tinggi,ia membantu untuk kenyang lebih lama.Dalam Cinch,ada Leucine yang mengekalkan otot tanpa lemak dan memberikan berat badan yang sihat.
 Leucine merupakan asid amino penting yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot.
Bagi yang nak kuruskan badan time Ramadan ni minumlah Cinch kerana ia membantu lemak yang menggelebeh dibahagian paha ataupun lengan menjadi padat semula kerana Leucine itu tadi.Malah,Cinch juga sesuai diambil waktu sahur kerana makanan yang tinggi protein dapat bantu badan bakar lemak yang kita makan sepanjang berpuasa waktu siang.Bila lemak dibakar maka berat badan pun turun.Mudahkan.

Ringkasnya,pilih lah set puasa Shaklee sebagai tambahan menu sihat dalam bulan Ramadan.Di samping dapat juga membantu badan kita agar kekal kelihatan cergas dan sihat sepanjang berpuasa.

Semoga bermanfaat..
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tak lama lagi,kini ada Set Puasa Shaklee dengan percuma satu Shaker dan kemasukan ahli juga percuma bagi setiap pembelian set ini.Jom dapatkan segera! Hubungi saya di talian :0178018684

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak
#setpuasashaklee

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."


Thursday, 9 March 2023

3 Sebab Pilih Set Shaklee Untuk Puasa


Menjelang hari raya berakhirlah puasa..eh eh belum lagi sabar dulu tak lama lagi dah musim ramadhan.Bulan Ramadan bulan Puasa,apa itu Puasa?Puasa ni ialah proses di mana kita menahan diri untuk tidak makan atau minum dalam masa sama kita juga kawal untuk tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.Walaupun saya non Muslim tapi saya juga pernah berpuasa cuma cara kami berpuasa itu berbeza.

3 sebab pilih set Shaklee untuk puasa iaitu :
1/Memberikan tenaga
Dalam puasa kita kena wajib sarapan iaitu yang digantikan sebagai sahur.Saya percaya ramai yang tak mengambil hidangan berat waktu pagi sebabnya mungkin ada yang malas masak yela pagi-pagi kan baru bangun tidur masih "mamai" kata orang jadi hidangan yang paling ringkas dan mudah disediakan ialah minum ESP.
Nak tenaga yang lebih lama, ambil protein yang berkualiti iaitu berasaskan tumbuhan seperti ESP untuk menguatkan otot perut dan esofagus.
ESP mempunyai indeks glisemik (GI):39 yang membantu kenyang lebih lama.Disebabkan GI rendah paras glukosa dicerna dari karbohidrat dengan kadar yang perlahan menyebabkan kita mempunyai tenaga yang lebih lama.

2/Mengekalkan rasa kenyang
Apabila kita berpuasa kita perlu menahan diri dalam tempoh waktu yang lama untuk tidak makan atau minum.Jadi bagi mengurangkan rasa lapar baiknya kita ambil Cinch sebagai pengganti makanan.Dalam Cinch ada formula khas Leucine yang dapat membantu berpuasa dengan lebih baik.
Cinch merupakan minuman protein yang didatangkan dalam 3 perisa iaitu Vanilla, Chocolate dan Caffe latte.Terdapat 24g protein dalam setiap sajian bagi membolehkan rasa kenyang yang lama.Selain itu ia juga membantu membina otot dan mengekalkan jisim otot semasa kita tidak makan.

3/Mengelakkan dehidrasi
Wajarlah ketika berpuasa kita pasti akan merasa dahaga kerana badan kita mudah dehidrasi jika kekurangan kandungan air dalam badan.Dalam set Shaklee untuk puasa kali ni ada disertakan dengan minuman isotonik iaitu Performance Drink(PD).Ia didatangkan dalam perisa Lemon dan orange.
Minuman isotonik semulajadi ni mengandungi rendah sodium dan juga gula.Performance Drink dapat membantu menghilangkan rasa dahaga lagi-lagi bila kita bancuh dengan air sejuk.Ia juga membekalkan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan sepanjang berpuasa.

Ringkasnya, 3 sebab pilih set Shaklee untuk puasa ialah kerana dapat :
1.Memberikan tenaga (ESP)
2.Mengekalkan rasa kenyang (Cinch Shake)
3.Mengelakkan dehidrasi (Performance Drink)

Dengan set ini sudah memadai untuk membantu anda menjalankan puasa dengan lebih lancar dan bermakna agar kesihatan tetap terjaga serta cergas.
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tak lama lagi,kini ada Set Puasa Shaklee dengan percuma satu Shaker dan kemasukan ahli juga percuma bagi setiap pembelian set ini.Jom dapatkan segera! Hubungi saya di talian :0178018684

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;


TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#shakleesarawak
#shakleebau
#shakleekuching
#setpuasashaklee


"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry