Tuesday, 22 August 2023

Doa Bagus Untuk Wanita

Seorang wanita pasti akan menjadi seorang ibu. Ibu adalah seorang yang lemah lembut baik dari segi pertuturan mahupun perlakuan. Justeru itu, ibu adalah tempat anak-anak meluahkan keluh kesah dan penceritaan tentang suka mahupun duka. 

Selain suami , seorang isteri memerlukan sumber kekuatan iman selain mental Dan fizikal. Sebagai orang yang beragama doa adalah yang sangat penting untuk pegangan hidup.
Dalam agama Kristian Katolik pastinya kita sudah diberi pendedahan tentang doa Rosary.

Doa Rosary adalah doa renungan
Sambil membacakan doa Salam Maria berulang-ulang (10 kali) para pendoa merenungkan salah satu misteri yang dirangkai dalam rosary.

Bagi umat Katolik, Doa Rosary merupakan salah satu doa penting yang dibaca untuk merenungkan kelahiran Yesus dan juga keselamatan yang Ia berikan kepada seluruh umat yang percaya.

3 Doa Rosary yang ingin saya kongsikan ialah :

1) Doa Aku Percaya

Aku percaya akan Allah, Bapa yang Maha Kuasa, pencipta langit dan bumi.

Dan akan Yesus Kristus, PuteraNya yang tunggal, Tuhan kita.

Yang dikandung dari Roh Kudus, dilahirkan oleh perawan Maria.

Yang menderita sengsara, dalam pemerintahan Pontius Pilatus, disalibkan, wafat dan dimakamkan. Yang turun ke tempat penantian, pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati.

Yang naik ke surga, duduk disebelah kanan Allah Bapa yang Maha Kuasa.

Dari situ Ia akan datang mengadili orang hidup dan mati.

Aku percaya akan Roh Kudus,

Gereja Katholik yang Kudus,

Persekutuan para Kudus,

pengampunan dosa,

kebangkitan badan,

kehidupan kekal.

Amin.

2) Doa Bapa Kami

Bapa kami yang ada di syurga,dikuduskanlah nama-Mu.Datanglah kerajaan-Mu,Jadilah kehendak-Mu,di atas bumi seperti di dalam syurga.Berikanlah kami rezeki pada hari ini,dan ampunilah kesalahan kami seperti kami pun mengampuniorang yang bersalah kepada kami.dan janganlah masukkan kami ke dalam percubaan,tetapi bebaskanlah kami dari yang jahat.


3) Doa Salam Maria

Salam Maria, penuh rahmat, Tuhan serta-Mu,terpujilah Engkau di antara wanita,dan terpujilah buah tubuh-Mu, Yesus.Santa Maria, Bunda Allah,doakanlah kami yang berdosa ini,sekarang dan waktu kami mati.Amin.

Semoga bermanfaat buat umat-umat Katolik khususnya buat para wanita atau ibu supaya dapat memberi ketenangan serta kekuatan dalam kehidupan.

Selain doa, aktiviti yang melibatkan fizikal seperti berkebun,bersenam juga dapat memberi terapi minda. Selain itu, Cuba amalkan supplemen supaya dapat membantu tubuh badan kekal cergas Dan cerdas.

Kesimpulannya, doa bagus untuk wanita agar kita senantiasa mendekatkan diri dengan Tuhan dan melakukan hal-hal positif.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#supplemenshaklee
#doabagusuntukwanita
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak




No comments:

Post a Comment

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry