Saturday 8 April 2023

Hilangkan Parut Jerawat dengan Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Jerawat terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak. Sebum bersama -sama sel kulit mati dan bakteria akan terperangkap di bawah permulaan kulit. Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Parut jerawat ni sebenarnya adalah kesan peninggalan jerawat selepas jerawat itu sembuh. Apabila breakout, pori yang bengkak itu selalu akan beri kesan pada kulit dan menyebabkan kehadiran tompok merah, ada hyperpigmentation. Sesetengah orang muka akan nampak berlubang dan berlekuk. 

Kenali 3 jenis parut jerawat.
1.Atrophic
Parut jerawat atrophic merupakan antara parut jerawat yang biasa dialami. Parut ini diklasifikasikan sebagai ice pick, box scar dan rolling scar.

Ice pick
 - parut seperti cucukan jarum yang mempunyai parut yang kecil bersaiz 2mm.
-berada dalam kawasan kulit dan kelihatan seperti bentuk V.
-terjadi kerana kulit kehilangan kolagen dan lapisan kulit runtuh serta meninggalkan lubang.
-terjadi akibat jerawat cyst (jerawat besar dan sakit di bahagian rahang, dagu serta pipi akibat hormon tidak teratur.

Box Scar
-Lubang parut ini lebih lebar berbanding ice pick berlekuk seperti kotak atau bentuk U.
-terjadi kerana kehilangan tisu, keradangan akan menghancurkan kolagen dan memusnahkan jaringan sokongan kulit.
-semakin banyak tisu yang hilang,semakin teruk keadaan parut tersebut.
-Boxcar terjadi bila kita kerap picit jerawat jadi kalau tak nak parut macam ni jangan gatal tangan pula nak picit jerawat tu ye.

Rolling Scar
-bersaiz agak besar 4-5mm yang berbentuk M.
-kelihatan seperti berombak dan bukit bukai di atas kulit.
-terjadi disebabkan jerawat yang meradang dalam masa yang lama.
-semakin teruk inflamasi kulit, semakin teruk keadaan parut tersebut.
-parut akan muncul bila kita semakin tua kerana kulit sudah kurang menegang dan hilang keanjalan.

2.Hypertrophic Scar / Keloid
Kolagen yang berlebihan atau berkurangan boleh menjadi punca kepada parut jenis hypertrophic dan keloid. 

Biasanya ia mempunyai warna merah jambu. Manakala parut keloid mempunyai warna merah-ungu dan bersaiz agak kecil dari hypertrophic. 
-nampak seperti kulit timbul dan ada benjolan.

3.Hyperpigmentasi
Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH) -Tompok hitam yang ditinggalkan pada kulit bila badan menghasilkan melanin berlebihan.
-melanin ialah pigmen yang memberi warna pada kulit.
-melanin akan bertambah bila inflamasi berlaku.Sebab itu kita akan nampak tompok coklat dan kehitaman pada muka.

Macam mana nak rawat parut jerawat ni?

Rawatan parut jerawat selalunya memerlukan masa selama 6 hingga 8 minggu untuk menunjukkan hasil. Dengan amalan penjagaan kulit wajah yang baik, parut jerawat akan pulih dalam tempoh masa yang singkat.

Selain daripada penjagaan kulit muka,pembedahan,laser dan sebagainya adalah lebih baik jika merawat dari dalam badan. Contohnya mengamalkan makanan tambahan seperti Vitamin C,Vitamin E yang baik untuk kulit.

Vitamin C
-membantu menggalakkan penghasilan kolagen, melindungi kulit daripada sinaran UV, melambatkan penuaan kulit, mencegah kulit kering, mengurangkan kedutan kulit dan mengurangkan keradangan kulit.

Vitamin E
-vitamin yang mempunyai nutrien larut minyak dan dengan itu lebih berat daripada produk larut air. Ia mengembalikan kelembapan yang hilang, dan berfungsi paling baik untuk kulit kering dan rosak.

Tambahan pula protein turut membantu memperbaiki kulit seperti minuman ESP

Berita baik kini ada promosi Vitamin Kulit Cantik harga mampu milik.
Set A: ESP + VITA C
SET B : ESP(2) + VITA C(2 )
Manakala promosi untuk Vitamin E juga ada iaitu: TWIN PACK(2 botol)
Sangat jimat dan berbaloi. Dapatkan segera. Nak cari vitamin boleh cari saya untuk tempah atau poskan.


Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."





No comments:

Post a Comment

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry