Wednesday, 12 April 2023

Bisnes Online Untuk Orang Muda

Secara amnya, bisnes online ialah perniagaan yang beroperasi secara atas talian di dalam platform - platform yang berdaftar.

Di mana penjanaan pendapatan dihasilkan menerusi atas talian atau internet.
Contohnya, Shopee,Lazada,Tiktokshop,Ebay, Amazon dan banyak lagi.

Ramai orang muda seperti pelajar,budak kolej mereka sudah mulai menceburi bidang perniagaan atas talian.

Tujuannya adalah untuk pendapatan sampingan ada kalanya terdapat segelintir orang muda ini ingin meringankan beban orang tua mereka dengan berniaga kecil-kecilan.

Kenapa Saya Pilih Shaklee Sebagai Bisnes Online?
1) Tidak Memerlukan Modal Yang Banyak.

Jimat duit hanya perlu RM35 sahaja untuk pendaftaran ahli Shaklee.Sebaik sahaja lepas daftar, korang sudah boleh membuat bisnes.

Kadang-kadang ada juga yang masuk ahli untuk dapat harga ahli tetapi sebenarnya rugi kalau tak buat bisnes sekali. 
Walau bagaimanapun, tidak juga dipaksa sebab boleh buat pilihan sama ada nak jadi pengedar Shaklee atau sekadar pengguna sahaja pun boleh. 

Sebagai orang muda macam Marynie bajet masuk ahli kalau nak buat bisnes Shaklee tu rasanya semua mampu tak payah keluarkan beribu-ribu untuk buat modal.

2)Sangat Fleksibel

Amatlah mudah bagi yang golongan muda sebab semua di hujung jari. Dengan adanya kemudahan seperti sistem Shaklee segala bahan marketing semua ada dalam tu.

Sudah disediakan cuma perlu tindakan daripada kita sendiri untuk mewar-warkan iklan tentang produk Shaklee.Jadi kalau ada yang nak beli kita boleh order melalui sistem sahaja.Senangkan, boleh buat bisnes di mana-mana dan bila-bila masa.

3)Income Tanpa Had

Dalam bisnes Shaklee ni semakin banyak jualan dan semakin banyak ahli baru yang kita daftar maka semakin banyak lah keuntungan yang kita dapat.
Saya pernah kongsikan tentang bonus Shaklee dalam entry saya sebelum ni di mana ada pelbagai jenis bonus.
Gaji dalam bisnes Shaklee ni pelbagai sebab itu saya sebut tanpa had kerana ia boleh melebihi daripada target jika kita berusaha lebih.

4)Tak Perlu Simpan Stock

Kebanyakkan ramai bisnes yang memerlukan simpanan stock dekat rumah supaya memudahkan pelanggan mendapat produk atau barang.

Tetapi dalam bisnes Shaklee kita tak perlu simpan stok yang banyak kerana elak daripada kerugian. 
Oleh sebab itu, jika ada pelanggan yang mahu produk baru lah buat tempahan dekat Branch yang terdekat untuk diposkan. 

Lebih 'fresh' maksudnya barang yang kita dapat pun masih baru sebab terus sampai ke tangan pelanggan.
Lagipula jimat kos sebab orang muda kan tak perlu keluarkan banyak bajet untuk simpan stock.

5)Boleh Diwarisi

Kelainan daripada bisnes yang lain hanya bisnes Shaklee sahaja yang boleh diwarisi sehingga ke anak cucu. 

Sebagai contoh, jika salah satu pengedar Shaklee ada yang meninggal dunia, jadi bisnes boleh diteruskan dan diwarisi oleh keluarga.

Jadi tidak rugi dengan usaha "si mati" ni tadi sekurang-kurangnya dapat membantu ahli keluarga dengan bisnes yang dijalankan.
Seterusnya, setiap tahun biasanya Shaklee akan mengadakan pakej percutian, jadi pengedar Shaklee yang layak sahaja boleh pergi.

Tetapi jika sekiranya ada kecemasan dan tiba-tiba tidak dapat mengikuti adalah ahli keluarga yang lain boleh ganti? Jawapannya, Ya.
Ahli keluarga boleh menggantikan dan boleh ikut percutian tersebut. Sangat beruntung sebab itu bisnes Shaklee ni boleh dikatakan lain daripada yang lain.
Selain daripada Syarikat Shaklee yang utuh,kukuh serta baru-baru ni juga Shaklee menang untuk "Trusted Brand Awards " jadi tiada lagi keraguan. 

Apa yang saya dapat sepanjang menjalankan Bisnes Online?
1.Income 3 Angka

Dalam bisnes pasti ada naik turun.Tapi saya bersyukur saya juga diberi peluang untuk merasai hasil keuntungan walaupun 3 angka.
Serba sedikit dapat membantu menambah pendapatan lagipun saya bekerja jadi saya buat bisnes online Shaklee ni sebagai partime sahaja.

2.Ramai Kenalan Baru 
Bila kita buat bisnes pasti kita akan dapat kenalan baru seperti pelanggan dari pelbagai daerah dan negeri.

Jarak bukan penghalang untuk buat bisnes malah ia membantu menghubungkan kita mengenali pelbagai ilmu baharu tentang etnik, perkongsian pendapat serta dapat menjalankan hubungan silaturahim.

3.Berjumpa Dengan Mentor @Leader Yang Berpengalaman

Sejujurnya leader saya adalah kakak saya sendiri iaitu Crozia Teka.Tetapi ada juga mentor saya yang lain seperti Master Siti Aisah dan Master Norita.
Dua master ni berasal dari semenanjung sedangkan kami di Sarawak jadi sebab bisnes Shaklee kami mengenali antara satu sama lain.

Tahun lepas salah satu mentor kami turut turun padang datang ke Kuching untuk berjumpa dengan anak-anak Shaklee.
Pelbagai aktiviti yang kami jalankan. Dalam Shaklee sekiranya tiada pengalaman tak perlu risau sebab akan ada leader atau mentor yang bantu kita untuk memberi dorongan.
Jadi biasanya kami hanya selalu berhubung melalui internet untuk kelas nutrisi atau personal coaching.

Keburukan Bisnes Online yang ramai tak Tau :
i/Masalah Internet

Kepada pengedar Shaklee yang berada di kawasan bandar mungkin tiada masalah internet.
Tetapi kami sebab duduk di kawasan yang jauh dari bandar agak memberi cabaran untuk dapatkan internet.
Setelah beberapa tahun baru tahun ini ada tiang telefon.
Sebab itu kalau ada kelas seperti dalam platform Zoom,FB live, Google Meet kami terpaksa gigih mencari talian tapi syukur ada ulangan yang boleh ditengok semula.

Kalau takda internet maka kami pun ikut plan B iaitu buat bisnes secara offline.Maksudnya lebih kepada banyak berjumpa dengan orang serta memberi khidmat consultant.

Ringkasnya sebagai orang muda kita tak perlu takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Walaupun sekadar bisnes online terkadang ada yang memandang remeh tetapi jika kita tanamkan mindset untuk jadi orang berjaya pasti kita dapat buat.Saya berharap akan ramai lagi golongan muda di luar sana yang mahu menceburi diri dalam bidang perniagaan.

NAK JOIN BISNES SHAKLEE SECARA PERCUMA?
Dengan pembelian setiap Set Rahmah ni pendaftaran untuk masuk ahli adalah percuma.

Set A :FREE MEMBERSHIP 
Set B :FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE 

Nak tahu lebih lanjut  tentang Bisnes Online jemput baca dari blog rakan saya juga.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

No comments:

Post a Comment

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry