Wednesday 21 June 2023

Petua Hilangkan Jeragat Tanpa Laser

Apa Itu Jeragat?

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. 

Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit kelihatan tidak sekata. 

Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.

Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda.

Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.

Punca Jeragat Berlaku disebabkan;
1/Terdedah kepada sinaran matahari

Seperti yang kita semua ketahui sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran UV terdiri daripada tiga jenis :
Ultraviolet A,
Ultraviolet B,
Ultraviolet C.

2/ Penggunaan kosmetik

Penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat.
Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.

3/Faktor keturunan

Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu.



Jeragat boleh dikategorikan kepada 3 jenis :

Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun

Dermal – terjadi dbawah lapisan sel kulit. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan lain-lain.

Campuran – terjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. 
Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika menggunakan sleepingmask dan Serum. Gabungan lengkap yang mampu merawat lebih lebih lagi ketika kita tidur. Proses lebih berkesan kerana Kulit kita akan membentuk cell baru ketika pukul 12 hingga 3 pagi.



Kenal pasti Warna Jeragat dan Bentuk :
-Jeragat yang terjadi di epidermis (epidermal) berwarna coklat cair dan akan kelihatan lebih gelap jika dilihat dibawah lampu

-Jeragat dermal akan kelihatan keperangan dan tidak kelihatan lebih gelap jika dibawah lampu.

-Jeragat campuran berwarna coklat gelap, jika diteliti dibawah lampu pemeriksaan akan kelihatan lebih gelap atau kadang-kadang tidak ada perubahan.


Petua Hilangkan Jeragat Dengan Jus Lemon;

Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukannya ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik. Sebagai alternatif lain, anda juga boleh gunakan hirisan lemon yang dicampurkan dengan madu.
Jus lemon sudah lama digunakan secara tradisional untuk merawat dan memudarkan parut jerawat.

Malah, banyak blog kecantikan, majalah dan penjagaan wajah DIY menggunakan jus lemon sebagai salah satu ‘resepi’ yang dikatakan amat berkesan untuk memudarkan jeragat.

Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.


Antara Vitamin Yang Dapat Membantu Hilangkan Jeragat ialah :

1) VITAMIN C
Penting dalam penghasilan KOLAGEN. Vitamin C kaya dengan ANTI OKSIDAN. Ia menghalang penghasilan melanin punca jeragat.
-sumber vitamin C dari bahan semulajadi dengan Bioflavonoid

2) VITAMIN E
Terkenal dengan vitamin AWET  MUDA. Melambatkan proses penuaan kulit. Juga boleh membantu dalam keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit. Vitamin E juga mengurangkan kesan jeragat.
-sumber vitamin E dengan ekstrak selenium dan biji anggur.

3) PROTEIN
Mengurangkan kesan hitam atau kulit mati akibat jeragat. Potein sangat penting dalam penghasilan SEL BARU bagi menggantikan sel kulit yang telah mati dan rosak.
-ESP sumber protein yang berkualiti tinggi menggunakan soya non-GMO.

Semoga petua hilangkan jeragat ini dapat membantu anda yang ada masalah jeragat.Sangat mudah serta jimat bajet anda kerana tidak memerlukan laser yang mempunyai kos yang mahal.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#setcantikshaklee
#petuahilangkanjeragat
#shakleebau
#shakleekuching

No comments:

Post a Comment

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry