Saya sangat rasa bersyukur kerana berpeluang untuk menyertai Projek ini dan pada awalnya saya sendiri juga ragu-ragu untuk menyertai kerana ini merupakan kali pertama membuat blog.Namun,di atas kepercayaan diri kerana ingin mencuba serta menimba ilmu di samping mencari pengalaman baru dalam bidang blogger saya tekad dan berasa bangga terhadap diri saya sendiri kerana berjaya mengikuti hingga ke akhir projek.Terima kasih juga diucapkan kepada penaja Projek ini iaitu Master Norita yang telah mewujudkan projek ini bagi tujuan untuk membangkitkan para peserta yang telah lama tidak aktif dalam bidang blogger kini ramai yang kembali kerana merindui karya-karya penulisan justeru ingin meluaskan rangkaian dengan manfaatkan peluang dari Projek ini.
Melalui Projek blog mega Shaklee ini saya dapat rakan baru walaupun tidak pernah berjumpa tetapi dengan menjayakan projek ini kami dapat berkongsi maklumat dan dapat mengenali secara dekat antara satu sama lain melalui media social dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman.Selain itu,saya dapat banyak pengetahuan tentang produk kerana dalam projek ini kami berpeluang untuk mengenali bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk serta dapat mengetahui manfaat serta kelebihan setiap produk yang dapat memenuhi keperluan bagi individu yang ingin meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik.
Dengan Projek ini saya dapat nampak perubahan dari segi perkongsian dalam menyebarkan kebaikan tentang bisnes serta produk dengan lebih baik.Justeru itu,ramai yang ingin menyertai tetapi kerana penyertaan juga dihadkan maka yang berpeluang sahaja dapat join.Dari situ kita dapat nampak bahwa projek ini dapat menarik minat orang luar kerana bukan hanya disebabkan tawaran hadiah yang menarik tetapi semangat dari rakan-rakan yang mahu mambantu rakan yang lain untuk mencuba sesuatu yang baru.
Saya berharap agar ramai lagi yang melibatkan diri dalam bidang penulisan seperti ini agar menggalakkan ramai pembaca di luar sana untuk kesedaran dari segi tahap kesihatan mahupun pengetahuan tentang pemakanan atau cara hidup yang lebih sihat.
Target saya sebenarnya untuk menyertai projek blog mega Shaklee ni adalah untuk memberi manfaat kepada orang ramai khususnya yang masih belum tahu produk shaklee.Di samping itu,saya juga ingin membantu orang ramai yang ingin kan tahap kesihatan yang lebih baik dengan gaya hidup sihat.Dengan adanya projek ini saya juga ingin meluaskan bisnes bagi mendapatkan pelanggan dan secara tidak langsung mahu segala maklumat yang di kongsi dalam penulisan blog ini dapat disampaikan dengan lebih baik lagi.
Kenapa saya nak join Blogmegashaklee 2.0 kali ini adalah untuk menimba lebih banyak ilmu dalam bidang blogger.Selain itu,saya ingin memantapkan lagi cara penulisan agar karya-karya saya dapat dinikmati oleh lapisan masyarakat terutamanya golongan pembaca dengan lebih baik lagi.Saya percaya dalam sesuatu perkara yang kita lakukan pasti ada kelalaian serta kesilapan namun saya mengambil peluang kali ini adalah untuk memperbaiki agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Sekian itu sahaja perkongsian bagi blog mega Shaklee 1.0.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak
"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."
No comments:
Post a Comment