Thursday 9 February 2023

Tips Intermittent Fasting yang betul

Banyak diet memberi tumpuan kepada apa yang perlu dimakan,tetapi Intermittent Fasting atau dikenali sebagai IF adalah mengenai apabila anda makan.

Intermittent Fasting ialah mana-mana pelbagai jadual masa makan yang berkitar antara puasa sukarela dan tidak berpuasa dalam tempoh tertentu.Penyelidikan menunjukkan berpuasa untuk beberapa jam setiap hari atau makan hanya satu hidangan beberapa hari seminggu mungkin mempunyai manfaat kesihatan.

Sebenarnya, Intermittent Fasting bukan diet tapi jadual tempoh pemakanan iaitu tempoh berpuasa sekurang-kurangnya lebih 12 jam.Contoh,12 jam berpuasa,16 jam makan.Dalam IF kita tidak mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kalori yang meningkatkan gula.

Okay, nak tahu kenapa minima dalam Intermittent Fasting 12 jam adalah disebabkan apabila sumber glukosa yang dimakan habis dalam badan.Jadi badan akan menggunakan simpanan karbohidrat iaitu selain daripada glukosa iaitu glikogen di dalam hati sebagai sumber tenaga.Bila kurangnya kadar glikogen maka ia akan mengurangkan risiko pertukaran glikogen menjadi lemak.

Tips bagi cepatkan kesan Intermittent Fasting kita kena gabungkan teknik diet seperti "Eat Clean" iaitu masak makanan tanpa gula,garam dan lemak.Seterusnya, kaedah defisit kalori di mana kita menukarkan makanan yang biasa diambil,ditukarkan kepada jenis yang sama tetapi khasiat yang lebih baik.
Contoh:Mee kuning>Spaghetti
              Roti putih>Roti wholemeal
              Butter>Minyak sawit/zaitun
              Teh susu>Teh o

Cara untuk menangani Intermittent Fasting seterusnya ialah banyakkan minum air.Air yang kita minum hendaklah air yang kurang atau tiada kalori seperti air kosong(air mineral).Selain itu,air teh seperti Cinch Tea Mix tanpa gula kerana dapat membantu mengurangkan rasa mengantuk semasa IF dan juga membantu meningkatkan metabolism serta tenaga.
Antara supplemen Shaklee  yang dapat membantu dalam menjalankan Intermittent Fasting adalah Set Hello New You.Dalam set tersebut terdapat Cinch Shake(chocolate), Lecithin,Herb lax,Omega Guard dan Life Shake Elderberry.Indeks glisemik yang rendah dalam Cinch Shake adalah sesuai bagi yang melakukan IF dan hidangan rendah glisemik yang dimaniskan secara sempurna dengan sistem Reb M dalam Life Shake Elderberry adalah untuk mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama.Jadi ianya sangat bagus sebagai pengganti makanan.
Kebaikan Intermittent Fasting adalah untuk:
1.Menyingkirkan sel yang rosak dan menghasilkan sel-sel baru yang sihat kerana bagus untuk melambatkan risiko penyakit nyanyuk dan penyakit lain seperti kanser, jantung dan stroke.

2.Membantu mengawal nafsu makan kita seperti mengawal keinginan makan benda yang manis bergula.

3.Mengurangkan kesan penuaan iaitu Human Growth Hormon (HGH) adalah hormon yang berfungsi dalam pertumbuhan badan,pembaharuan sel termasuklah sebagai hormon awet muda. Semakin meningkat usia kita, semakin kurang penghasilannya berlaku.Dengan pengeluaran hormon tersebut, berlakunya proses fat burning effect dan pembaharuan sel yang menjadikan kulit kita lebih awet muda.

Kesimpulannya, kaedah seperti Intermittent Fasting ini bagi sesetengah orang mungkin berkesan dan mungkin tidak.Jadi nasihat saya adalah lebih baik memberi peluang kepada diri anda untuk mencuba sekurang-kurangnya anda telah berusaha.Khususnya bagi yang mempunyai masalah berat badan siapa tahu ianya dapat membantu.

Sekian dulu untuk entri kali ni,semoga bermanfaat buat semua.Nak tahu lebih mendalam lagi boleh baca artikel tentang apa itu Intermittent Fasting .

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak

Untuk anda yang ingin mencari makanan tambahan(supplemen)boleh cari atau hubungi saya.



"sebarang pernyataan dalam penulisan tentang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.Ini adalah iklan produk supplemen."

Testimoni berjaya dengan Set Hello New You.

4 comments:

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry