Thursday, 27 July 2023

Tips Travel Elak Mabuk Laut

Sebut pasal cuti ni semua orang suka betul tak?
Biasanya asal cuti korang buat apa?
Kalau tak rehat duduk dirumah pasti ada yang jalan-jalan. Kadang-kadang siap plan travel dengan kawan-kawan dan keluarga.
Kenapa ramai suka travel?
Pastinya travel ni baik untuk rehatkan minda tenangkan fikiran.

Tak kisah nak travel jauh ke dekat yang penting dapat menggunakan masa untuk menikmati percutian.

Dulu Mary adalah seorang yang susah nak dibawa jalan sebab mudah mabuk perjalanan. Lagi-lagi kalau jalan guna kenderaan yang berhawa dingin. Kalau tak mual muntah itu dah pasti mungkin sebab jarang jalan-jalan jauh.

Kalau sekarang Mary dah biasa nak ke pantai pun tiada masalah.
Biasanya kalau orang yang jarang jalan-jalan mereka mudah mabuk laut.
Saya yakin pasti ada yang macam ni.

Mary nak kongsi beberapa Tips Travel untuk elak mabuk laut.
1.Jangan Biar Perut Kosong
Maksudnya sebelum berangkat pastikan sarapan dahulu.
 Makan kalau boleh jangan ambil makanan yang berat dalam kuantiti yang banyak supaya perut tidak meragam sewaktu travel.

Hindari makanan yang berminyak atau pedas untuk pastikan perut selesa.
Di laut nanti kalau nak bersiar menggunakan bot atau kapal korang dah tak perlu risau kalau badan masuk angin sekali pun sebab dah makan.

2.Sediakan Minyak Sapu
Ini adalah persediaan untuk waktu kecemasan sekiranya ada rasa mual atau sakit perut. Jadi boleh guna minyak sapu ni untuk kelegaan sementara.

Selain minyak sapu kalau boleh sediakan juga pil mabuk yang boleh didapati di mana-mana farmasi.
Contoh minyak sapu:
-freshcare
-minyak kayu putih
-minyak cap kapak
-minyak herba 

3.Rehat Yang Cukup
Sebelum hari nak pergi travel baik tidur awal dan dapatkan rehat yang mencukupi supaya mental serta fizikal dapat menyimpan tenaga untuk keesokan harinya.

Sebab itu perlu juga mengemas barang lebih awal supaya barang keperluan untuk travel tidak tertinggal.

Untuk elak rasa mengantuk semasa travel baiknya pastikan tidur kita mencukupi supaya dapat menikmati percutian dengan lebih tenang dan menyeronokkan.

4.Bawa Bekalan Vitamin
I) Vitamin C
-baik untuk tingkatkan sistem imun badan
-sesuai untuk yang ada masalah gastrik
-elak kulit sunburn
-bagus untuk mana-mana luka di badan supaya cepat sembuh

II) Ostenutrix
-tidur yang lena
-baik untuk rehatkan otot dan masalah sendi
-nutrien kalsium baik untuk tulang 
-redakan migrain
-memberi kelegaan untuk masalah senggugut

III) ESP
-sesuai untuk sarapan
-kenyang lebih lama
-elak perut lapar
-bagus untuk kulit

Kesimpulannya, "sediakan payung sebelum hujan" iaitu sediakan barang keperluan sebelum kita travel supaya kita dapat menikmati percutian dengan lebih tenang.

Semoga Tips Travel yang Mary kongsikan dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Dapatkan vitamin daripada Mary dengan klik link di bawah ini sekiranya dekat saya boleh cod yang jauh saya boleh poskan.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#tripshaklee
#tipstravel
#shakleebau
#shakleekuching
#shakleesarawak




Sunday, 16 July 2023

Tips Bisnes Online Untuk Usahawan Muda

2023, tahun di mana kita tahu bahawa ekonomi sekarang dalam keadaan yang kurang baik.
Justeru itu, kita perlu bekerja keras lebih-lebih lagi anak-anak muda yang masih sekolah. Perlukan pendapatan yang lebih supaya dapat menampung perbelanjaan harian dan persekolahan.

Anak-anak muda , yang nak menjadi Usahawan Muda,
Kenali Tips Bisnes Online Dari Mary.

1.Pilih Bisnes Modal Rendah,Pulangan Lumayan

Kalau boleh jangan membazir duit lagi-lagi masih muda. Kita kena bijak membuat pelaburan dengan sesuatu yang berfaedah.

Mari saya kenali bisnes Shaklee, percaya tak nak join bisnes kita hanya perlu keluarkan modal sebanyak RM35 sahaja untuk pendaftaran.

Dengan modal sebanyak itu kita dah boleh menjual produk Shaklee.
Bak kata orang kita dah ada kedai sendiri untuk jual barang.

Walaupun modal rendah, Shaklee dapat membayar bonus lebih 21% kepada pengedar Shaklee sebab itu kami gelar bonus tanpa had.

Pada 14 hari bulan atau awal 14 biasanya Shaklee akan bayar gaji kepada semua pengedar Shaklee yang layak.Tengah bulan kita tengah kering buat bisnes Shaklee dapat jualan banyak Shaklee bagi bonus best kan. 

Jadi sebelum nak buat bisnes pastikan bisnes yang kita hendak buat mestilah memberi manfaat kepada kita lagi-lagi pasal modal.

2. Barang Mudah Didapati
Nak buat bisnes online kita mesti pastikan ada barang yang hendak dijual. Barulah pelanggan nak beli.

Dalam Shaklee, pengedar tidak perlu menyimpan stok kerana stok sudah tersedia ada di Branch dan Hub jadi sekiranya ada pelanggan yang nak dapatkan produk pengedar Shaklee hanya perlu tempah secara online sahaja Dari sistem Shaklee.Mudahkan?

Tujuannya supaya tidak melibatkan penggunaan bajet yang banyak untuk beli stok jadi sesuai bagi anak muda yang nak buat bisnes sebab sangat jimat.

Lagipula barang dapat diposkan terus ke alamat pelanggan sekiranya jauh dan yang dekat boleh dihantar.


3. Syarikat Yang Dipercayai

Kepada anak muda jangan sesekali terjebak lagi-lagi dengan iklan "skim cepat kaya" baiklah membuat penyelidikan terlebih dahulu.

Sebagai contoh,Syarikat adalah satu daripada Syarikat Yang menang anugerah "TRUSTED BRAND" pada tahun 2021,2022 secara berturut-turut dan juga pada tahun 2023.
Jadi tiada lagi keraguan untuk para pengedar Shaklee yang ingin membuat bisnes kerana sudah terbukti ianya produk yang selamat untuk dijual. 

4. Medium Ganjaran Yang Menarik
Salah satu ganjaran yang menarik perhatian para bisnes online khususnya anak muda.Pastinya ingin sesuatu keunikan dan keistimewaan.

Ini adalah salah satu convention trip untuk pengedar Shaklee yang layak yang berjaya mengumpul point sepanjang mengedar Shaklee.

Selain bonus ini juga salah satu tarikan anak muda yang join bisnes Shaklee kerana berpeluang mengikuti trip atau travel secara percuma.

Ringkasnya,buat para anak muda yang bakal menjadi Usahawan Muda pastikan memilih medium bisnes online yang memberikan manfaat kepada anda.

Semoga Tips Bisnes Online Dari Mary dapat membantu anda semua.

Nak join bisnes dengan Mary ?
Korang boleh cari Mary melalui aplikasi media social di bawah.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshaklee
#tipsbisnesonline
#shakleebau
#shakleekuching

Manfaatkan Cuti Dengan Kerja Dari Rumah

Saya percaya zaman sekarang pasti ramai yang memilih bekerja dari rumah.
Antaranya atas faktor jaga anak, jaga warga emas, tiada pekerjaan dan banyak lagi.
Pastinya, bukan kerana tiada pekerjaan malah mereka adalah seorang usahawan.
Di mana mereka menjalankan aktiviti jual melalui internet.

Adakah Cuti Pada Hujung Minggu Dijadikan Sebagai Penghalang Untuk Mencari Rezeki Lebih?

Tentunya tidak, malah ada yang mengambil kesempatan untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti "bisnes online" .

Bekerja dari rumah tidak semestinya memerlukan kerja yang spesifik seperti pekerjaan di luar rumah.

Seperti Mary, saya hanya bekerja selama 5 hari seminggu,jadi saya gunakan masa yang terluang pada hujung minggu dengan jual produk Shaklee.

Kenapa Saya Pilih Shaklee?
Sebab ;

1. Masa yang Flexible

Sekiranya ada pelanggan yang nakkan produk saya hanya perlu tempah melalui sistem.

Jadi saya tidak perlu keluar dari rumah untuk ambil tempahan.
Cukup dengan mengambil tahu tentang produk yang diingini,alamat penerima dan bayaran melalui aplikasi "what apps".

Lagipula, tiada had masa yang diberikan kerana bisnes Shaklee adalah buka selama 24 jam. Jadi pelanggan boleh dapatkan produk pada bila-bila masa sahaja.

Walaupun kita tengah keluar bercuti atau meluangkan masa dengan keluarga kita masih dapat menjalankan bisnes kita pada masa yang sama.
Tidak perlu risau atau jadikan alasan bisnes kita tidak dapat dijalankan atas beberapa aktiviti bersama keluarga.

Cuma yang pasti bisnes kita sentiasa berjalan tanpa merugikan sesiapa kerana masanya sangat flexible.
Itu adalah kelebihan bisnes Shaklee.

2. Produk Sedia Ada

Jimat masa serta tenaga kerana tugas kita hanya mempromosikan barang.
Kita tak perlukan buat atau sediakan barang untuk dijual.

Sebagai penjual kita tidak perlu menyediakan atau pegang stock yang banyak di rumah. Jimat wang juga kerana tidak perlu keluarkan modal yang banyak untuk pegang stok.

Bila ada keperluan atau ada pelanggan yang nak produk Shaklee,kita hanya terus tempah dari HQ. Lagipula tidak sampai seminggu barang yang ditempah akan sampai.

Hal ini kerana bagi mengelakkan kerugian dan penyimpanan stok yang berlebihan sehingga ada barang yang disimpan melebihi tarikh luput.

Oleh sebab itu,kita sebagai penjual haruslah berwaspada agar perkara yang tidak diingini berlaku.

3. Bonus Tanpa Had
Saya suka bisnes Shaklee, walaupun modalnya serendah RM35 sahaja untuk sekali pendaftaran tetapi pulangannya sangat lumayan.

Ia mengikut jumlah jualan, banyak sales banyak juga lah bonus yang kita dapat.
Kenapa saya kata bonus tanpa had kerana hasil bisnes boleh cecah jutaan tidak seperti kita bekerja biasa kerana gaji kita ditetapkan sekian-sekian selama sebulan.

Nampak bezakan kerja dari rumah ?
Hanya perlukan media social sahaja untuk promosikan barang.
Yang penting kita kena rajin dan konsisten pasti akan membuahkan hasil.

Sambil cuti, sambil buat bisnes income pun bertambah best kan?

Para ibu rumah tangga, pelajar yang masih menunggu tawaran pekerjaan, yang masih sekolah nakkan pendapatan lebih cuba manfaatkan masa terluang dengan buat bisnes online.

Kalau korang berminat nak join Mary buat bisnes dengan Kerja Dari Rumah korang boleh buat pendaftaran melalui sistem atau tekan link untuk join.


Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshaklee
#kerjadarirumah
#shakleebau
#shakleekuching


Wednesday, 21 June 2023

Petua Hilangkan Jeragat Tanpa Laser

Apa Itu Jeragat?

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. 

Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit kelihatan tidak sekata. 

Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.

Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda.

Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.

Punca Jeragat Berlaku disebabkan;
1/Terdedah kepada sinaran matahari

Seperti yang kita semua ketahui sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran UV terdiri daripada tiga jenis :
Ultraviolet A,
Ultraviolet B,
Ultraviolet C.

2/ Penggunaan kosmetik

Penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat.
Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.

3/Faktor keturunan

Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu.



Jeragat boleh dikategorikan kepada 3 jenis :

Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun

Dermal – terjadi dbawah lapisan sel kulit. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan lain-lain.

Campuran – terjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. 
Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika menggunakan sleepingmask dan Serum. Gabungan lengkap yang mampu merawat lebih lebih lagi ketika kita tidur. Proses lebih berkesan kerana Kulit kita akan membentuk cell baru ketika pukul 12 hingga 3 pagi.



Kenal pasti Warna Jeragat dan Bentuk :
-Jeragat yang terjadi di epidermis (epidermal) berwarna coklat cair dan akan kelihatan lebih gelap jika dilihat dibawah lampu

-Jeragat dermal akan kelihatan keperangan dan tidak kelihatan lebih gelap jika dibawah lampu.

-Jeragat campuran berwarna coklat gelap, jika diteliti dibawah lampu pemeriksaan akan kelihatan lebih gelap atau kadang-kadang tidak ada perubahan.


Petua Hilangkan Jeragat Dengan Jus Lemon;

Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukannya ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik. Sebagai alternatif lain, anda juga boleh gunakan hirisan lemon yang dicampurkan dengan madu.
Jus lemon sudah lama digunakan secara tradisional untuk merawat dan memudarkan parut jerawat.

Malah, banyak blog kecantikan, majalah dan penjagaan wajah DIY menggunakan jus lemon sebagai salah satu ‘resepi’ yang dikatakan amat berkesan untuk memudarkan jeragat.

Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.


Antara Vitamin Yang Dapat Membantu Hilangkan Jeragat ialah :

1) VITAMIN C
Penting dalam penghasilan KOLAGEN. Vitamin C kaya dengan ANTI OKSIDAN. Ia menghalang penghasilan melanin punca jeragat.
-sumber vitamin C dari bahan semulajadi dengan Bioflavonoid

2) VITAMIN E
Terkenal dengan vitamin AWET  MUDA. Melambatkan proses penuaan kulit. Juga boleh membantu dalam keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit. Vitamin E juga mengurangkan kesan jeragat.
-sumber vitamin E dengan ekstrak selenium dan biji anggur.

3) PROTEIN
Mengurangkan kesan hitam atau kulit mati akibat jeragat. Potein sangat penting dalam penghasilan SEL BARU bagi menggantikan sel kulit yang telah mati dan rosak.
-ESP sumber protein yang berkualiti tinggi menggunakan soya non-GMO.

Semoga petua hilangkan jeragat ini dapat membantu anda yang ada masalah jeragat.Sangat mudah serta jimat bajet anda kerana tidak memerlukan laser yang mempunyai kos yang mahal.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#setcantikshaklee
#petuahilangkanjeragat
#shakleebau
#shakleekuching

Amalan Gaya Hidup Sihat Untuk Orang Muda

Masih wujud tak anak muda kini yang jaga atau peka dengan gaya hidup Sihat?
Ya,Masih.
Sebab itu amalan gaya hidup sihat hendaklah sentiasa diwar-war kan.
Tujuannya untuk mendidik anak-anak praktis dari awal ketika usia masih muda.
Bila sudah tua nanti tidaklah mereka terlambat untuk dapatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat.

3 Amalan Gaya Hidup Sihat ialah :

1.Dapatkan Pemeriksaan Kesihatan 

Sekurang-kurangnya wajib sekali dalam setahun buat pemeriksaan kesihatan supaya kita boleh tahu taraf kesihatan kita.
Anak muda juga perlu buat tidak semestinya orang tua atau dewasa sahaja diberi galakkan,adalah lebih baik untuk memastikan diri kita dalam keadaan yang sihat walafiat.

2. Jaga Pemakanan

Cuba elakkan makanan yang tinggi kandungan kolestrol,gula atau pengambilan garam yang berlebihan.

Bagi yang suka minuman kafein seperti kopi baiknya gantikan kepada minuman seperti susu atau coklat.
Kenapa? Kerana pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan ketagih dan boleh mempengaruhi masalah insomnia.

3. Jauhkan Diri Daripada Tekanan 

Bagaimana? Jika ada masalah yang dihadapai cuba selesaikan dengan baik dengan memikirkan hal-hal positif.
Antaranya, sibukkan diri dengan hobi atau lakukan aktiviti riadah atau sukan serta rohani.

Jika boleh jangan mudah ambil sesuatu atau perihal yang negatif kerana boleh mempengaruhi diri kita dengan Tekanan mental atau fizikal.

Selain itu, cuba amalkan juga amalan gaya hidup sihat dengan Shaklee.
Bagaimana?
Dengan mengambil supplemen untuk membantu meningkatkan taraf kesihatan.
Pelbagai jenis produk yang boleh diamalkan. Pastikan kita mengambil serta amal mengikut kesesuaian atau keperluan badan kita.

Ini adalah set basic kesihatan Shaklee.
Ringkasnya, kita tidak perlu menunggu di waktu kita sakit atau sudah tua baru nak ada kesedaran jaga kesihatan.
Sebenarnya adalah lebih baik kita jaga ketika usia masih muda.


Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#setbasicshaklee
#amalangayahidupsihat
#shakleebau
#shakleekuching

Monday, 12 June 2023

Testimoni Shaklee Membuatkan Jerawat Remaja saya Hilang

MAKAN UNTUK KESIHATAN DAN KULIT CANTIK

Jujur saya nak bagitau saya adalah seorang yang susah nak makan atau telan ubat. 
Sedangkan panadol yang saya makan dulu pun saya bahagikan setengah kemudian hancurkan dalam sudu dulu campur dengan sedikit air suam kemudian baru saya telan. 
Pendekkan cerita sejak kenal Shaklee jangankan ubat, supplemen pun dh berani telan banyak-banyak (contoh:Vita C 2 biji).

Mula-mula join Shaklee tahun 2020 yang dikenali oleh kakak saya sendiri sebab masa itu dia aktif buat bisnes shaklee sampai sekarang.
Produk pertama yang saya makan ialah Vitamin C sebab masa itu zaman Covid sudah bermula.
Jadi disitu saya dah ada kesedaran untuk jaga kesihatan.
Dalam tak sedar sampai lah sekarang amal Vitamin C.
Inilah kulit muka saya pada awalnya tiada jerawat yang teruk pun disitu.

Pada tahun 2020 saya masih sempat amal Vitamin C sebelum ditukar kepada wajah baharu iaitu pada tahun 2022.

Jun 2021-Muka saya breakout teruk disebabkan produk wajah yg tak sesuai.
Nak keluar dari rumah pun segan sebab jerawat satu muka.

Jadi dari situ lah saya cuba Youth Skincare Shaklee berkat kesabaran, dan konsisten pakai Youth skincare, syukur sekarang kulit muka dah pulih balik.
Selain youth saya juga amalkan GLA,B Complex, dan NutriFeron.
Jun 2023-Tak sangka sudah 2 tahun berlalu namun kini saya masih setia menggunakan Youth Skincare Shaklee (cleanser, toner, night cream).
Ini adalah sebahagian daripada koleksi Skincare Youth Shaklee yang saya kumpul sejak 2021.

Pada masa yang sama saya masih amalkan supplemen seperti Vitamin C kini saya tambah dengan Hero Kiddo, Vita Lea, Ostenutrix dan banyak lagi.
Ini adalah hasil daripada Testimoni Shaklee saya sendiri. 
Sebelum saya memperkenalkan produk Shaklee saya kena buktikan yang saya juga berjaya memulihkan kulit saya semula dengan produk Shaklee.

Bukan untuk over claim tapi ini adalah result sebenar yang saya pasti Selamat untuk diguna dan juga diamal.

Semoga perkongsian saya kali ini dapat memberi manfaat dan memberi jalan penyelesaian kepada anda yang mempunyai masalah kulit jerawat atau jeragat.


Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#testimonishaklee
#shakleebau
#shakleekuching

Pengedar Shaklee Bau Sarawak

Bermula sejak tahun 2020, daftar ahli sebagai pengguna Shaklee sahaja. Kemudian mula terjebak mengikuti jejak upline saya iaitu kakak Mary sendiri untuk mengedar serta menjual produk Shaklee.

Apabila sudah merasai hasil daripada menjual Shaklee, pertama kali bonus yang saya terima hanya lah 5% sahaja.

Walaupun sedikit, namun saya nekad untuk cabar diri meraih lebih dari itu sehingga lah Mary menggalakkan rakan-rakan dan kenalan serta pelanggan Mary masuk ahli bagi mendapatkan harga yang murah.

Dari situ lah sampai sekarang saya masih kekal dan bertahan sebagai pengedar Shaklee yang aktif di kawasan Bau, Kuching Sarawak.

Sebagai seorang yang menceburi bidang perniagaan Mary sentiasa tanamkan sifat bersabar kerana memerlukan masa bagi mencapai kejayaan.

Bagi yang mengenali Mary atau berada di kawasan seperti berikut ;
1/Bau
2/Lundu
3/Kuching
4/Serian
5/Sibu
6/Miri
7/Bintulu 
8/Sarawak

Bagi anda yang ingin dapatkan produk Shaklee, yang jauh saya boleh poskan dan yang dekat Mary boleh hantarkan.

Jangan risau saya telah mendaftar sebagai pengedar Shaklee yang sah.

Kelebihan membeli daripada saya adalah jika sekiranya barang atau produk ada kerosakan saya boleh kemukakan masalah kepada staff Shaklee untuk menggantikan dengan produk yang baru.

Tahukah anda, untuk menjadi pengedar Shaklee kita dapat jalankan secara online dan offline. Tetapi jika tiada halangan adalah lebih baik kita jalankan secara online.

Hal ini kerana,para pengedar dapat mengikuti kelas nutrisi terutama yang jauh melalui platforms Zoom, Video Call What apps, Google Meet dan banyak lagi.

Jika ada yang berminat untuk join saya mengedar Shaklee, Mary boleh tolong daftar kan melalui sistem atau web Shaklee.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti ;
TikTok :Marynie.D

Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshaklee
#shakleebau
#shakleekuching

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry