Tuesday 7 March 2023

Sahur Pengganti Sarapan Pagi

Biasanya sahur ni diamalkan oleh orang Muslim yang mana mereka makan di waktu pagi iaitu sebelum Azan subuh.Walaupun saya non Muslim tetapi berdasarkan pengalaman yang pernah saya tengok sebelum ni melalui rakan-rakan saya yang Muslim di asrama zaman sekolah dulu,jadi ada juga serba sedikit pengetahuan.
sahur

Wajib tak bersahur?Sebenarnya ia lebih penting berbanding berbuka puasa kerana ia memberikan tenaga untuk bertahan di siang hari.Tujuannya adalah sebagai persiapan sebelum berpuasa.

Memilih makanan dan khasiat yang betul semasa sahur boleh membantu kita mengurangkan masalah rasa cepat lapar atau rasa terlalu lapar sepanjang kita berpuasa.Makanan yang sesuai untuk bersahur jika malas memasak antara yang paling ringkas ialah oat.Walaupun 100 gram oat bersamaan dengan 91 kalori sahaja namun kandungan serat tinggi membantu membuatkan kita berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.
Selain itu,kurma juga boleh ditambah dalam menu kerana kandungan glukosa dalam kurma dapat memberikan kalori yang mencukupi sebagai sumber tenaga buat tubuh badan.
Pastikan minum air yang banyak sebelum mula berpuasa.Ketika bersahur minum lah susu sebab susu adalah baik untuk diminum kerana mengandungi kalsium,vitamin D dan protein.Minuman protein seperti ini membantu kita menahan rasa lapar secara lebih berkesan kerana proses penghadaman protein adalah lebih perlahan berbanding karbohidrat, dan ini turut membantu mengawal paras gula darah dan mencegah rasa lapar melampau atau nafsu makan yang kuat. Di samping membina otot badan, protein juga diperlukan untuk membina dan memperbaiki sel-sel dan tisu-tisu, mengawal fungsi metabolik penting dan juga menyokong sistem imuniti. 
Kesimpulannya,dari sudut kesihatan tidak bersahur akan menjadikan seseorang itu kurang bertenaga dan lesu ketika berpuasa selain meningkatkan dehidrasi.
Tak lama lagi musim berpuasa akan tiba mesti ramai yang nak tau makan apa minum apa masa sahur ni kan semoga kalian dapat merancang awal agar dapat memilih hidangan yang berkhasiat.

Selain blog ni saya juga aktif dalam media social yang lain seperti IG,FB &, TikTok.Boleh Klik linktree ni untuk follow sebab dalam ni saya dah letak semua link media social saya.Terima kasih ❤️


#shakleesarawak
#shakleebau
#shakleekuching
#sahur 

2 comments:

Set Kurus Shaklee

Ramai yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam! Bukan sahaja kerana malas te...

Latest Entry